Teori Big Bang contohnya sudah lama disentuh di dalam al-Quran. Allah berfirman yang bermaksud: “Apakah orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya bercantum satu kemudian Kami pisahkan (letupkan) antara kedua-duanya”. (Surah al-Anbia’ ayat 30).
Hasrizal Abdul Jamil mengajak kita di internet supaya menghayati hadith "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, berkatalah yang baik atau DIAM SAHAJA". Setiap huruf yang ditaip sama ada menjadi Pahala bekal ke Syurga, atau Dosa bara api di lubuk Neraka. Tiada yang pergi sebagai debu tanpa nilai...