Friday, February 22, 2013

Boleh dikatakan bumi dianggap kapal angkasa yang mengelilingi matahari dengan kelajuan 30 kilometer sesaat.
Ia terus-menerus berlanggar dengan jirim yang berterbangan di ruang angkasa lepas seperti debu dan batu.
Jirim dikenali sebagai meteorit dan jika memasuki ruang bumi, ia akan terbakar dan membentuk meteor atau tahi bintang, seperti kejadian di Russia, baru-baru ini.

Ruang angkasa yang dihiasi bintang, bulan dan planet adalah penghias langit anugerah Allah.
 
 
 
Angkasa juga mengandungi berjuta-juta bintang dan objek angkasa lain yang tidak boleh dilihat dengan pancaindera manusia seperti galaksi, kuasar, pulsar dan lohong hitam (black hole).

Dalam pada itu, kedatangan berkala ‘batu angkasa’ seperti meteoroid, komet dan asteroid kadang kala menggemparkan.

Ahli astronomi menganggarkan 1,000 hingga 4,000 tahun asteroid yang merentasi orbit bumi, manakala 200 komet boleh dilihat dari bumi secara berkala dalam tempoh beberapa ratus tahun.

Komet yang paling popular ialah Komet Hailey yang mengorbit setiap 76 tahun.

Dalam al-Quran objek serpihan angkasa seperti asteroid, meteor dan komet dinyatakan sebagai ‘bintang yang cahayanya menembus’, manakala meteor pula dijelaskan kegunaannya sebagai alat pelempar syaitan.

Monday, February 11, 2013

Seminar Sehari Falsafah Teori Quantum

Seminar Sehari Falsafah Teori Quantum


adalah seminar anjuran bersama Laboratori Sains Berkomputasi dan Fizik Bermatematik, Institut Penyelidikan Matematik dan Kumpulan Fizik Teori, Jabatan Fizik, Fakulti Sains di UPM. Seminar ini akan berlangsung pada 23 Februari 2013 di Bilik Seminar Al-Khawarizmi, Bangunan Sains Matematik, UPM.

Seminar ini akan dibentangkan oleh Prof. Madya Dr. Hishamuddin Zainuddin. Kandungan seminar ini boleh dibahagi kepada tiga bahagian:-

bullet Asal-usul falsafah teori quantum
bullet Masalah dalam teori quantum
bullet Status kini teori quantum dan aspek falsafahnya

Yuran Pendaftaran: Bukan Pelajar RM150
Pelajar RM50
Yuran ini meliputi bahan seminar dan makan tengahari.

Sila mendaftar di sini ( http://www.qfizik.upm.edu.my/events/2013/DaftarSemFalsafahTQ.htm)