Friday, November 28, 2014

7 pesanan buat master / PhD’s beginners – be mindful !

Bengkel aku di York, Manchester dan London telah memberi pengalaman baru. Kehadiran hampir 200 postgraduates… majoritinya PhD candidates sejauh Scotland satu petanda adanya kekurangan dalam membekalkan pengetahuan kepada rakan2 di obersi. Namun aku bersykur dapat mengisi sedikit ruang tersebut…
Kini aku dalam Qatar Airways.. meninggalkan Heathrow, London. Kapalterbang yang besar yang menjadi sponsor MU ini mula membelah langit dgn tenang…. Tanpa sebarang gegaran…. Lalu aku mengeluarkan laptop dan sekadar mencoret2 lagi…. maka tercoretlah sesuatu pesanan santai berikut....
Aku perasan…. ramai yang “gumbira” menunjukkan surat tawaran sebagai calon PhD/master dlm FB masing-masing. Aku personally turut gumbira dan mengucapkan tahniah dn syabas.
Kenapa syabas? Syabas kerana ini adalah satu langkah kemuncak meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam dunia akademik…. Menjadikan diri ko sebagai expert in the making…utk kemudiannya menaburkan bakti kepada kemajuan negara. Namun ramai yang tidak menyedari bahawa kehadiran surat tawaran tersebut menuntut lebih dari sekadar perasaan gumbira… kerana kedatangan surat tersebut menuntut “transformation” yang bukan kepalang - perubahan mental dan fizikal secara sistematik utk mencapai kemuncak pengetahuan dan kemahiran tersebut !
Wow…. bahasa canggih tu bro..
Canggih ke? Menjadi calon master/PhD bukan bermakna ko akan terus gumbira lantas membiarkan diri ko dalam mode auto-pilot, semuanya ko biarkan berjalan sendiri mengikut masa, mengikut arus dan mengikut sahaja apa yang disediakan oleh jabatan atau fakulti sebagaimana yang ko lalui semasa undergrad dulu…
Pesanan santai aku…. Mode auto-pilot ini tidak memadai…. Apa yang disediakan oleh pihak jabatan ko hanyalah STARTER bukannya MAIN COURSE ! Ko juga tidak boleh bergantung begitu sahaja kepada pengalaman senior mahupun mengharapkan talian hayat dari SV.
Semua ini tidak akan datang begitu sahaja. Ko perlu membuka mind set ko dgn dunia baru yang ko alami… dunia research dan dunia scholar (bukan sekular bro) yang penuh dgn kejutan menuju puncak !
Berikut antara gesaan aku semasa aku kendalikan bengkel2 aku ke seluruh tanah airku sehingga ke Australia, UK dan Disember ini, sedang direncanakan ke Jepun pula !
Pertama:
Langkah awal adalah persiapkan diri utk menguasai bidang kajian ko sendiri supaya ko boleh membuat decision yang waras sepanjang pengajian ko – membaca sambil meneliti pemilihan problem statement dan methodology dalam kajian lepas. Percayalah…. Ko akan lebih terdedah dgn pelbagai methodology dalam bidang kajian ko dari pembacaan jurnal berbanding dgn mengikuti kelas research methodology. Penguasaan awal ini membolehkan ko “terkesimakan” SV dgn apa yang ko tahu dan pemahaman dengan bidang kajian ko sendiri …. dgn knowledge yang updated dan terkini serta menyeluruh….
Cuba latihan mudah ini.
Cer ko sebut dgn lancar sekurang2nya 10 leading journals dgn publishernya sekali yang mempunyai IF > 1.0 dalam bidang kajian ko sendiri. Bagi yang master…. cukup sekadar 5 dulu.
Boleh?
Pengalaman aku bertanyakan soalan ini agak tragik ….baik dalam kalangan postgraduate di Msia mahupun di obersi… malah ramai yang dah masuk beberapa semester pun bukan sahaja gagal menyebutnya satu persatu….. malah buat2 tercengang pulak kenapa soalan tersebut diajukan. Selepas beberapa ketika …. diajukan pulak soalan kepada aku …. Apa itu leading journal dan kat mana nak cari IF tersebut? Aku pulak terkesima !!
IF bukan istilah atau formula baru mathematik yang hanya orang mathematik jer yang tahu… IF telah menjadi istilah asas ranking jurnal dalam dunia research …..
Kedua:
Cer ko sebut pula at least 3 leading authors yang related dengan kajian ko pulak, di universiti mana mereka berada (jika mereka masih hidup) dan bagaimana mereka menghasilkan kajian dan teori yang menjadi ikutan kebanyakkan pengkaji dalam bidang kajian ko tersebut?
Bila aku ajukan soalan ini…. sekali lagi aku akan ditanya…. camner kita nak tahu siapa leading author tu?
Ini samalah spt seorang yang bercita-cita ingin menjadi pengkaji dan pengkritik filem komedi tetapi tercengang kehairanan bila disebut nama Charlie Chaplin… sebab yang dia tahu hanyalah Nabil – ko fikirkanlah sendiri !!
Ketiga:
Dua langkah di atas jika ko berjaya menjawabnya adalah “indicator” mudah menunjukkan ko telah membaca sumber yang valid bagi mengetahui asas dalam bidang kajian ko sendiri. Langkah ini membolehkan ko berada dalam “kasut” SV … melihat diri ko dari perspektif seorang SV…. see thing form his / her view point. Dgn ini ko akan mula bercakap bahasa dgn isi yang selaras dgn expectation SV ko… berbincang dgn SV sebagai seorang yang bermaruah … bukan menunggu sahaja utk disergah !
Keempat:
Ko perlu berusaha utk menjadi superior…. seawal mungkin…. Tanpa perlu menunggu lama. Bukan mudah utk menguasai segala info dari bacaan artikel jurnal… jika sekali baca tak faham… dan ko give up… ko akan tewas. Membaca buat ko berfikir…. membuka ruang utk ko menyedari ceteknya apa yang ko tahu… dan menambah senarai ketidaktahuan adalah jauh lebih baik dari tidak tahu apa2 dan tidak melakukan apa2 utk mengetahuinya.
Pembacaan 2, 3 kali mungkin ko tidak akan menemukan “aha moment”. Ingat bro… bila ko tak tahu sesuatu…. itu bukan masalah SV ko atau masalah dunia PhD dan master ….ITU ADALAH MASALAH KO SENDIRI ! Jika ko stress…. kemudian anxiety dan lama-lama ko panic…. otak ko tak boleh berfungsi… dunia dihadapan ko semuanya kelihatan blurr…
Sikit kisah aku. Dulu aku pernah habiskan 3 hari 3 malam hanya utk memahamkan dua istilah ini - sympathetic dan parasympathetic bagi nervous system yang lumpuh kerana gas cyanide ketika aku buat satu project pasal gas pembunuh ini. Selepas 3 hari berhempas pulas .. Habis semua buku dan sumber yang ada dilibrary ketika itu aku baca…. Terkebil2 otak aku nak digest amende yang aku baca….then validkan apa yang aku faham dgn lecturer biology…. barulah timbul “aha moment” tersebut….. yezzza !! Then bila aku present…. Kaitkan tindakbalas kimia dgn nervous system yang lumpuh…. terkesimalah lecturer chemistry aku… pe lagi dapat A+ ler !!
Kelima:
Ketahuilah bahawa ko dikeliling dengan teknologi dan gadget. Inilah zaman “IT driven transformation” dalam dunia “information overloaded” yang multitasking. IT akan membantu ko yang berada dalam situasi “too much work to do but not enough time to do it…” sebagai tool yang efficient utk ko tidak terperangkap dalam situasi vicious cycle of worrying…
Keenam:
Sebagai calon baru….cuba memahami dunia research dgn membaca kajian2 lepas dari sumber artikel jurnal pastinya mencabar. Memang tertekan membaca jurnal yang kaya dgn jargon dan padat dgn data. Terokai istilah2 ini yang wujud bukan dalam satu artikel…. malah puluhan artikel yang dikaji oleh pelbagai researcher…. sehinggalah ko akan dapati tiada apa yang sukarnya lagi memahami istilah tersebut. Jika tujuan ko nak memahami sesuatu tapi reality nya ko tak tahu apa nak buat…. adakah ko berfikir OPTION yang ko ada?
Ketujuh:
Sebagai beginners…. Ko wajib kuasai software analisis data, seawal semester pertama…. SPSS, Eview, Rasch, AMOS, SmartPls, Atlas.ti, Nvivo…. pilihlah mana satu yang sesuai. Jika tak sure mana satu…. Esp bagi calon social science…. mulakan dulu dgn menguasai SPSS dan hadiri bengkel for beginners di mana sahaja ada peluang.
Semua di atas bukan tips…. Tetapi sebahagian langkah awal utk dilakukan jika sudah bergelar calon master / PhD. Jika ko dah mula kebingongan nak faham apa yang aku tulis di atas…. kegumbiraan ko mendapat surat tawaran tidak akan kekal lama…. masa utk mulakan langkah pertama dahulu…
OT - Qatar Airways

Monday, April 21, 2014

What is PISA....


Sunday, April 20, 2014

Kilat: Antara bukti kebesaran Allah

Kilat atau petir merupakan satu fenomena alam ciptaan Allah SWT yang sungguh luar biasa dan sangat menarik untuk dikaji.

Walaupun banyak teori berkaitan mekanisme kejadian kilat telah ditulis dan dihuraikan oleh ramai saintis terkenal, namun ia sukar difahami dan kajian mengenainya masih diteruskan sehingga kini.

Kehadirannya sukar dijangka namun akibatnya boleh mengundang padah!

Negara kita Malaysia adalah sebuah negara beriklim tropika yang mempunyai kadar taburan kilat (ground flash density) antara tertinggi di dunia iaitu lebih kurang 20 flash/kilometer persegi /tahun.
Republik Congo di benua Afrika menerima taburan kepadatan kilat tertinggi manakala kawasan Artik dan Antartik adalah yang paling kurang taburan kilat di dunia.

Tahukah anda bagaimanakah proses terjadinya kilat? Umumnya keadaan awan yang tebal dan tinggi yang dikenali sebagai kumulonimbus adalah faktor utama dalam penghasilan kilat, walaupun ia tidak semestinya berlaku.

Ini terbukti seperti mana yang telah dinyatakan dalam firman Allah SWT,

‘Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis?
Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan (An-Nuur, ayat 43)

Terdapat dua jenis kumpulan awan yang utama iaitu kumulus dan stratiform.

Awan kumolonimbus adalah daripada keluarga awan kumulus.

Awan tersebut tinggi dan berwarna putih atau gelap. Tapaknya terletak pada ketinggian kira-kira 1,000 kaki manakala puncaknya boleh mencapai ketinggian melebihi 35,000 kaki.

Ketebalan dan ketinggian awan ini bergantung kepada kandungan kelembapan dan kestabilan atmosfera.
Dalam awan kumolonimbus ini terdapat dua jenis cas berbeza iaitu cas positif dan cas negatif.

Cas-cas positif biasanya berada pada altitud ketinggian antara tujuh km hingga 10 km, diikuti oleh cas-cas negatif (antara lima dan tujuh km) dan akhir sekali sekumpulan kecil cas positif di dasar (tapak) awan tersebut.
Oleh itu, semakin tinggi atau tebal awan tersebut semakin banyak cas-cas positif dan negatif akan terkumpul.
Pertambahan cas-cas yang terkumpul dalam awan akan menghasilkan upaya medan elektrik yang tinggi.
Medan elektrik yang terhasil ini seterusnya membekalkan tenaga yang mencukupi untuk cas-cas ini bergerak dan mengalir ke bumi atau dikenali sebagai nyahcas.

Dengan itu, sifat udara yang pada asalnya penebat akan berubah menjadi pengalir disebabkan oleh proses nyahcas tersebut.

Pengaliran cas ke bumi menghasilkan satu sinaran yang sungguh terang dalam tempoh masa kurang daripada satu saat dengan suhu yang boleh mencecah sehingga 30 000 Kelvin (K) atau 29,726°C!. Inilah yang dikenali sebagai kilat.

Kilat boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu awan ke awan (cloud flash) dan awan ke bumi (ground flash) dengan anggaran nisbah kekerapan sebanyak tiga.

Ini bermaksud, kejadian kilat jenis awan ke awan adalah tiga kali lebih kerap dibandingkan dengan jenis kilat awan ke bumi.

Walaupun demikian, kebanyakan kes kemusnahan harta benda, kebakaran hutan dan kematian adalah disebabkan oleh kilat jenis awan ke bumi. Ini kerana arus elektrik yang dialirkan oleh kilat jenis ini sangat tinggi dan adakalanya boleh mencecah sehingga 300 000 A3.

Dianggarkan kadar kematian disebabkan oleh sambaran kilat di Malaysia adalah di antara 100 ke 150 kes dalam tempoh setahun tahun.

Kilat jenis awan ke awan pula selalunya dikaitkan dengan gangguan kepada sistem komunikasi dan penerbangan. Ini kerana radiasi frekuensi tinggi yang dihasilkan oleh kilat boleh mengganggu sistem penghantaran data komunikasi dan merosakkan komponen elektronik yang digunakan di dalam pesawat.

Penulis ialah Timbalan Pengarah
Institut Voltan dan Arus Tinggi (IVAT)
Fakulti Kejuruteraan Elektrik
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)


Sumber

Petir ancam nyawa, harta

Cerita manusia disambar petir ketika berada di kawasan lapang, atau sedang memancing bukan perkara baharu dan memeranjatkan. Mangsa biasanya mati di tempat kejadian
Baru-baru ini lain pula ceritanya apabila empat mangsa terkorban apabila sebuah pesawat ringan terhempas lalu terbakar di sebuah pantai di timur Indonesia, selepas dipanah petir.

Pesawat dua enjin, Piper Seneca itu, sedang dalam perjalanan dari timur wilayah Papua ke bandar Tual di Kepulauan Maluku apabila ia terperangkap dalam ribut pada waktu tengah hari.

Di negara kita pada Januari lalu, dalam satu kejadian di Alor Gajah Melaka pula, sebanyak 22 ekor lembu ditemui mati bergelimpangan dalam kandang akibat disambar petir membabitkan kerugian RM45,000.
Isu pokok yang ingin dibincangkan ialah bukan cerita mengenai kerugian tetapi bagaimana petir menjadikan objek yang bukan kecil sebagai mangsa. Manusia, haiwan dan objek yang sedang terbang ketiga-tiganya menjadi mangsa.

Berbeza dengan ketiga-tiga mangsa tersebut, objek atau struktur yang perlu diberi perhatian ialah bangunan yang kekal pada satu-satu kedudukan tidak bergerak yang sering menjadi sasaran panahan petir.

Seorang pengkaji petir tempatan, Hartono Zainal Abidin berkata, petir atau kilat adalah fenomena nyahcas elektrik (electrical discharge) berarus tinggi yang berlaku antara awan dengan awan atau di antara awan dengan bumi.

Katanya, laluan kilat berukuran antara beberapa kilometer (kilat awan ke bumi) hingga beratus kilometer (kilat awan ke awan).Kilat terdiri daripada cas positif atau cas negatif. yang mana setiap kilat, awan ke bumi terdiri daripada satu hingga dua dozen lejang (strokes).

“Kilat boleh menyambar sejauh 20 kilometer (km) dari awan yang mengakibatkan fenomena bernama kilat langit biru atau bolt-from-the-blue" ujarnya.

Beliau berkata, sekiranya seseorang yang berdiri di tengah padang, individu terbabit adalah sasaran yang berisiko tinggi untuk disambar kilat. Sekiranya ada kilat di kawasan berdekatan, individu terbabit mungkin akan memintas lejang kilat dan menjadi mangsa penahan kilat.

“Dalam keadaan seperti ini, seseorang mesti mencari tempat perlindungan yang besar dan kukuh apabila mendengar guruh atau melihat awan hitam yang berdekatan," ujarnya.

Bagaimanapun insiden manusia disambar kilat atau petir sering menjadi isu tetapi menurut Hartono, semenjak memulakan kajian pada tahun 1985, beliau telah mengumpul beberapa insiden yang membahayakan penghuni dalam bangunan.

Oleh itu, beliau banyak memerhati insiden berkaitan kilat dan menjalankan penyelidikan berkaitan serangga kilat ke atas bangunan yang boleh disifatkan sebagai perlu diberi perhatian. Malah, katanya, insiden yang melibatkan bangunan besar pun pernah dilaporkan.

“Malah pada tahun 1990, sebuah dewan latihan tentera di negara ini telah disambar kilat yang mengakibatkan kematian seorang askar dan mencederakan berpuluh yang lain," ujarnya.
Sehubungan itu kata beliau, sesiapa yang mengatakan bahawa 'tidak ada insiden kilat menyambar bangunan hingga membahayakan penghuni' telah membuat satu kesilapan yang besar.

Ini kerana kata Hartono, individu terbabit mungkin baru saja membuat kajian dalam bidang tersebut dan dia mungkin belum terserempak dengan insiden yang mencederakan atau mengorbankan penghuni bangunan.
Menurut Hartono, sebagai perbandingan kekuatan kilat adalah di antara 2,000A (ampere) hingga 250,000A berbanding cerek elektrik yang diguna di rumah biasanya menggunakan sebanyak 10A sahaja.

Berdasarkan kajiannya, ancaman kilat terhadap bangunan adalah amat serius. memandangkan negara ini terletak dalam kawasan kepadatan kilat yang amat tinggi (very high lightning flash density zone).
Menurut beliau, tahap kerosakan yang dialami oleh bangunan bergantung pada kekuatan kilat yang dipintas dan bahan binaan pada bahagian yang rosak.

Sebagai contoh, bahagian bangunan yang mengguna batu bata sahaja boleh mengalami kerosakan lebih teruk berbanding bahagian yang mengguna konkrit dan tetulang besi.
Menurut Hartono lagi, jumlah bangunan rosak akibat disambar kilat di Kuala Lumpur adalah yang tertinggi di dunia.

Ini berlaku kerana penggunaan meluas rod kilat yang digunakan sebelum ini, iaitu pelepasan penjurus awal (ESE) tidak langsung melindungi bucu bangunan daripada disambar kilat.
Hartono berkata, sejak tahun 1995, kajian bergambar yang beliau hasilkan mengenai kerosakan bangunan akibat disambar kilat di negara ini telah dijadikan asas untuk beberapa organisasi menyemak semula piawaian sistem perlindungan kilat.

Sistem piawaian tersebut termasuk,Standards Australia, Persatuan Perlindungan Kilat Kebangsaan (NFPA), IEC, National Standards of Colombia serta Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Menghuraikan lebih lanjut, Hartono berkata, sistem perlindungan kilat berdasarkan konsep, iaitu apabila setiap kali lejang kilat (lightning stroke) memasuki kawasan yang perlu dilindungi, ia akan dipintas oleh sistem itu dan melencongkannya ke bumi melalui laluan yang selamat.

Beliau berkata, sistem perlindungan kilat terdiri daripada beberapa rod kilat yang diletak di lokasi yang berisiko tinggi untuk memintas lejang kilat.

Berdasarkan kajian beliau yang bermula pada 1990-an, kira-kira 90 peratus bangunan di negara ini dipasang dengan sistem perlindungan kilat yang tidak tidak menepati piawaian.

Sistem perlindungan kilat yang tidak betul terdiri daripada sistem yang ralat reka bentuknya atau mengguna rod kilat yang tidak terbukti dari segi saintifik.

Rod kilat yang tidak saintifik termasuk jenis:

Pelepasan penjurus awal-Early Streamer Emission (ESE).
Sistem pemindahan cas-Charge Transfer System (CTS) atau juga dengan nama Dissipation Array System (DAS).

Penghapus kilat semikonduktor -Semiconductor Lightning Eliminator (SLE).
Laporan terkini daripada Majlis Antarabangsa Sistem Eelektrik Besar (CIGRE) telah memberi asas saintifik yang kukuh mengapa rod kilat jenis ESE dan yang lain tidak boleh digunakan demi keselamatan umum.
Kajian Hartono telah di sebut sebagai bukti kukuh yang mendedahkan kegagalan rod kilat ESE.


Sumber

Friday, January 24, 2014

Kutub menyongsang pada 2015?

KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.

Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.

Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.

Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013.

Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.

Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'.

Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.
Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.

Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.

Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.

Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.

Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?

Kiamat menurut Islam

Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat:

Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:

1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.

2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.

3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.

4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.

5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman?

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.'

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran.

ALLAH SWT berfirman :
Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
(Surah Al-A’raf, Ayat 187)


Dan juga pada ayat:
Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH.” Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.
(Surah Al-Ahzab, Ayat 63)


sumber

Anjakan kutub bumi

KEADAAN cuaca tidak menentu dan bencana alam semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini dipercayai mempunyai kaitan dengan perubahan kecondongan paksi bumi.

Selain itu, pemanasan global juga dikatakan turut mengubah lokasi geografi kutub bumi menurut kajian Geophysical Research Letters.

Laporan penyelidik Universiti Texas, Austin mendedahkan, pencairan bongkah ais semakin meningkat di Greenland menyebabkan kedudukan Kutub Utara berubah beberapa sentimeter pada setiap tahun sejak 2005.

Difahamkan, bermula 1982 hingga 2005, kutub tersebut berubah secara perlahan dari tenggara ke bahagian utara Labrador, Kanada pada jarak kira-kira 2 milliarcsecond atau 6 sentimeter setahun.

Sejak 2005, kutub mula bertukar haluan dan bergerak ke arah timur Greenland pada jarak lebih 7 miliarsecond setahun. 

Kumpulan saintis telah sekian lama mengetahui bahawa lokasi kutub bumi tidak tetap dan ia juga menjadi penyebab musim menjadi tidak menentu seperti yang berlaku pada ketika ini.

Selain itu, pencairan ais juga menjadi punca utama paras air meningkat kepada lebih 90 peratus akibat daripada anjakan kutub pada 2005.
 
Medan magnet bumi berganjak

Pada 2011, medan magnet bumi dilaporkan berganjak pada jarak 64 kilometer setahun, dan saintis menyifatkan ia sebagai fenomena normal yang berlaku sekali pada setiap 100,000 tahun.

Keadaan itu menyebabkan arah kompas berubah dan berkemungkinan tidak lagi menghala ke arah Kutub Utara berikutan kutub kini telah berganjak dari utara Kanada menghampiri ke Rusia.

Susulan daripada perubahan itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa di pantai barat Florida terpaksa melakukan pengubahsuaian terhadap tanda arah di tiga landasan berdasarkan anjakan medan Kutub Utara.

Saintis menganggarkan pada setiap lima hingga 10 tahun, arah kompas akan berubah akibat anjakan kutub bumi.

Bagaimanapun, pendedahan pada pertengahan tahun lalu yang turut dimuat naik ke dalam Youtube menunjukkan Kutub Utara berganjak 260 kilometer dalam tempoh enam bulan.

Perubahan itu menyebabkan medan magnet bumi beralih dari Kanada ke Siberia dalam tempoh kurang daripada 24 bulan.

Apabila peralihan tersebut berlaku,  kutub akan berada pada kedudukan 40 darjah merentasi hemisfera utara.  

Menurut Conall Mac Niocaill, seorang saintis di Universiti Oxford, medan magnet bumi semakin lemah dan ia telah berganjak lebih 1,500 km sejak berabad lalu.

“Kekuatan medan magnet Kutub Utara berkurangan 10 peratus sejak 150 tahun lalu.

"Setiap 250,000 tahun sekali, medan magnet ini akan berubah arah ke selatan dan fenomena tersebut dipercayai kali terakhir berlaku kira-kira 800,000 tahun lalu iaitu sebelum kewujudan manusia,” katanya lagi.

Sehingga kini, saintis gagal menemui jawapan bagaimana fenomena penyongsangan medan magnet itu terjadi.
 
Waktu lebih singkat

Ahli geofizik Nasa, Richard Gross mendedahkan, kadar putaran bumi menjadi lebih cepat kira-kira 1.8  mikrosaat akibat gempa berkekuatan 9.0 skala Richter yang melanda Jepun pada 2011.

“Gempa kelima terkuat di dunia sejak 1900 itu juga menyebabkan waktu sehari yang sepatutnya bersamaan 24 jam menjadi lebih singkat tanpa disedari masyarakat,” katanya.

Difahamkan, gegaran dahsyat tersebut mengakibatkan kepulauan Honshu berganjak sehingga 2.4 meter dengan pembentukan rekahan di bawah dasar laut sepanjang ratusan kilometer selain paksi bumi berubah pada jarak hampir 10 sm.

Ahli Geofizik Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), Kenneth Hudnut memaklumkan, peta dari Lembaga Maklumat Geospatial (GSI) menunjukkan terdapat corak peralihan melibatkan kawasan yang besar selepas gempa berlaku.

sumber