Tuesday, December 8, 2009

Rujukan Bahasa Inggeris

Laman sesawang www.citcat.com boleh dijadikan rujukan buat anda yang kurang mahir berbahasa Inggeris, Mandarin dan Indonesia.

SUKAR untuk mencari maksud sebenar bagi setiap perkataan bahasa Inggeris yang tidak anda ketahui?

Atau anda ingin mencari perkataan bahasa Inggeris yang boleh diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dengan tepat?

Usah pening kepala mencari kamus dan menyelak setiap helaian muka surat yang mungkin sudah terkoyak di helaian tertentu bagi mencari maksud sebenar perkataan tersebut.

Apa yang anda perlu lakukan adalah mengunjungi alamat www.citcat.com di komputer peribadi anda dan klik pada beta. Kemudian, anda perlu klik pada perkataan translate dan isikan kotak kosong berwarna putih yang disediakan dengan perkataan-perkataan yang anda tidak tahu maksudnya.

LAMAN web ini telah menerima kunjungan daripada 99,719 orang dari seluruh negara.
Selain terjemahan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, laman web itu juga menyediakan terjemahan bagi bahasa Mandarin dan bahasa Indonesia.

Menariknya, laman web tersebut turut menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti Explore (melayari pelbagai laman web lain) dan Interact (berinteraksi dengan individu-individu lain dan mencari panduan ke sesuatu tempat berpandukan peta yang disediakan).

Lebih mengujakan, laman web itu turut menyediakan menu-menu di setiap restoran dan hotel, selain anda boleh menempah tiket wayang melalui kemudahan di bahagian Lifestyle.

Mengenai laman web tersebut, ia telah dibangunkan oleh syarikat Linguamatix Sdn. Bhd. yang berpusat di Mid Valley, Kuala Lumpur.

KOSMO

No comments:

Post a Comment