Na baca melalui Majalah Sains, wah..nak sangat beli komik ni....
Pelbagai cara untuk menarik minat pelajar mendalami bidang sains. Buku atau lebih tepat komik yang popular dengan istilah Manga hasil cetusan idea Hideo Nitta ini tentunya mampu menarik minat pelajar mendalami sains dengan lebih mudah dan menghiburkan.
Ia bermula dengan watak seorang pelajar perempuan, Megumi yang cemerlang dalam bidang sukan. Namun dia mengalami kesukaran untuk menguasai bidang akademik terutamanya fizik. Megumi tidak dapat menumpukan perhatian dalam perlawanan tenis disebabkan terlalu memikirkan kesilapan jawapannya dalam satu ujian subjek fizik dalam kelasnya.
Megumi akhirnya menemui jawapan apabila Ryota, seorang rakannya yang begitu meminati fizik, memberi tunjuk ajar kepadanya bagaimana untuk menguasai subjek tersebut. Ryota menggunakan contoh-contoh hukum-hukum fizik yang mudah dan selalu digunakan dalam menyelesaikan masalah harian. Ryota memberi tunjuk ajar bagaimana kefahaman mekanik klasik dalam fizik boleh membantu Megumi memenangi perlawanan tenis dan sebagainya.
Dalam komik atau Manga ini, pembaca akan bersama-sama dengan Megumi mempelajari fizik yang digunakan dalam kehidupan seharian. Contoh-contoh lain yang diberikan seperti fizik dalam permainan papan luncur, permainan lastik, bagaimana brek kereta berfungsi dan semestinya pukulan bola tenis.
Selain terhibur dengan ilustrasi dan dialog-dialog menarik, pembaca juga akan turut memahami konsep asas seperti momentum, impuls, pergerakan parabolik, hubungan antara jisim, daya dan pecutan. Sungguh menarik!
Hideo Nitta penulis komik ini merupakan seorang profesor fizik di Tokyo Gakugei University. Beliau banyak menulis jurnal dan kertas penyelidikan dalam bidang quantum dynamics dan fizik radiasi. Beliau juga mempunyai minat mendalam dalam usaha memberi kesedaran tentang kepentingan pendidikan sains di kalangan masyarakat Jepun.
Gambar & sumber rujukan : Amazon.ca
Sumber
Marking Weekends and EQuaLS Forum
1 day ago
No comments:
Post a Comment