GAMBAR pada 3 Mei lalu menunjukkan bulan mengambang penuh di langit Huntsville, dalam negeri Alabama, Amerika Syarikat. |
Keadaan itu berlaku apabila kedudukan bulan paling dekat dengan Bumi pada jarak 357,000 kilometer.
Posisi tersebut adalah 24,600 kilometer lebih dekat daripada purata jarak Bumi dengan bulan.
Saintis Balai Cerap Tentera Laut AS, Geoff Chester berkata, pada kedudukan tersebut, bulan akan kelihatan 14 peratus lebih besar daripada biasa.
"Namun, anda sukar mengesan perbezaan ini dengan menggunakan mata kasar," kata Chester.
Menurutnya, fenomena itu yang dinamakan adibulan, akan menyebabkan kejadian air pasang besar ekoran jajaran Bumi dan bulan yang dekat.
Namun, beliau menolak mitos Barat yang mengaitkan fenomena adibulan dengan peristiwa luar biasa termasuk ramai orang akan menjadi kurang siuman dan bencana alam akan meningkat. - Agensi
Sumber
Gambar fenomena bulan besar
SEORANG lelaki berjoging ketika bulan penuh terbentuk di Taman Papago, Phoenix, Amerika Syarikat kelmarin. |
NEW YORK - Imej bulan penuh yang paling besar dan cerah pada tahun ini dapat dilihat kelmarin selepas ia berada dekat dengan Bumi.
Pakar-pakar berkata, bulan itu kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah berbanding pada hari biasa.
Jarak bulan dengan Bumi ketika itu ialah 357,000 kilometer.
Beberapa jurugambar agensi berita antarabangsa berjaya merakamkan gambar bulan itu di beberapa buah bandar raya utama.
Seorang penulis buku 50 Great Myths of Popular Psychology, Scott Lilienfeld dari Universiti Emory di Atlanta, Amerika Syarikat menyatakan terdapat kepercayaan tinggi bahawa kelakuan ganjil akan berlaku ketika bulan penuh. - Agensi
Sumber
No comments:
Post a Comment