Teori quantum merupakan satu-satunya teori fizik yang melibatkan hampir keseluruhan bidang matematik. Namun demikian bentuk mekanik quantum khususnya untuk aplikasi ringkas teori maklumat quantum hanya memerlukan beberapa aspek asas aljabar linear, teori perwakilan dan analisis fungsian. Dalam kuliah ringkas ini, aljabar vektor ket dan bra Dirac akan diperkenalkan dengan pelbagai contoh perwakilan matriks. Hasildarab tensor, operator unjuran dan operator ketumpatan akan turut diberi dengan menjurus kepada contoh-contoh dalam teori maklumat quantum. Beberapa aspek fizikal dan masalah-masalah yang belum selesai akan turut disentuh.
Click Here
No comments:
Post a Comment