TOKYO: Pekerja di loji nuklear Fukushima Daiichi semalam menggunakan sejenis garam mandian berwarna putih dalam usaha terdesak untuk mengesan laluan air radioaktif yang mengalir keluar dari reaktor yang bocor dan memasuki lautan Pasifik.
Rekahan ditemui dalam salah satu lubang penyenggaraan minggu lalu dilaporkan terus mengeluarkan air radioaktif dan mencemari alam sekitar, sekali gus menunjukkan kesulitan semakin besar yang dialami di loji nuklear berkenaan.
Pengurus Tokyo Electric Power Co (TEPCO) yang bertanggungjawab ke atas loji itu, Teruaki Kobayashi, berkata penggunaan garam itu juga bertujuan menyekat air radioaktif daripada terus mengalir dan mengurangkan pencemaran sama seperti langkah yang dilakukan untuk menghalang tumpahan minyak. Pada masa sama ia cuba menutup kebocoran menggunakan gabungan bahan kimia polimer, habuk kayu dan kertas surat khabar yang dihancurkan di bahagian yang dipercayai punca kebocoran.
Jika langkah ini gagal dilakukan, ia memberi isyarat bahawa jurutera menyasarkan lubang penyenggaraan yang salah.
Laporan menyatakan, air radioaktif memenuhi kawasan sekitar loji dan menghalang pekerja daripada menghidupkan sistem penyejuk untuk menstabilkan reaktor yang terlalu panas.
Ahad lalu, pegawai kerajaan membuat kesimpulan bahawa ia mungkin mengambil masa beberapa bulan sebelum sistem penyejuk dapat dipulihkan sepenuhnya.
Malah jika ia dapat dilakukan pun, pekerja loji itu mungkin mengambil masa beberapa tahun untuk membersihkan kawasan sekitar. – AP
Sumber
Berita kedua:
TOKYO - Para jurutera pengendali loji nuklear Fukushima Dai-ichi, Tokyo Electric Power Company (TEPCO) menggunakan garam mandian dalam usaha terbaru mereka untuk mengesan satu kebocoran yang berlaku pada salah satu reaktornya.
Garam mandian itu digunakan bagi menghasilkan warna putih, sekali gus membantu mengesan punca kebocoran. TEPCO turut merancang memasang sejenis 'langsir' sebagai cubaan menghalang air beradiasi daripada terus memasuki laut. TEPCO bagaimanapun masih belum menyatakan apakah material yang akan digunakannya.
"Kami perlu menghalang penyebaran air tercemar daripada terus merebak ke laut secepat mungkin. Kami telah meminta TEPCO supaya bertindak pantas," kata Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Edano.
Edano turut memberi amaran bahawa radiasi terkumpul daripada kebocoran itu boleh memberi impak besar kepada Lautan Pasifik.
Pada hujung minggu lalu, mereka mencampurkan serbuk kayu dan surat khabar dengan polimer serta simen untuk menyekat kebocoran. Setakat ini, usaha tersebut gagal untuk menampal retakan pada satu pit konkrit pada reaktor No. 2 yang menyebabkan air mengandungi radioaktif masuk ke dalam laut.
Jepun menyatakan bahawa tiga daripada enam reaktor di loji terbabit secara keseluruhannya berada dalam keadaan stabil.
Dalam perkembangan lain, TEPCO mula membuang lebih 10,000 tan air yang mengandungi tahap radiasi rendah ke laut bagi menstabilkan loji tersebut. "Kami tiada pilihan, ini adalah langkah keselamatan," jelas Edano.
Tindakan itu diambil untuk menambah ruang penyimpanan yang semakin penuh dan menjejaskan usaha pembaikan. TEPCO menegaskan bahawa air yang tercemar itu tidak akan menjejaskan kehidupan marin. - Agensi
Sumber
Marking Weekends and EQuaLS Forum
1 day ago
No comments:
Post a Comment