Saturday, November 9, 2013

Meteorit landa Chelyabinsk bawa 12,000 tan tenaga

PARIS 7 Nov. - Meteorit yang melanda bandar Chelyabinsk di bahagian tengah Rusia, Februari lalu yang berukuran 19 meter secara keseluruhan, membawa tenaga seberat 12,000 tan atau menyamai berpuluh-puluh bom atom yang digugurkan di Hiroshima, menurut satu kajian, semalam.

Menurut Jurnal Nature, saintis dari Republik Czech dan Kanada yang melakukan analisis terhadap rakaman video dan audio serta serpihan meteorit yang ditemui dalam kejadian pada 15 Februari lalu, semasa memasuki atmosfera bumi, meteorit itu seberat 12,00 tan, bersamaan tenaga sebanyak 500,000 tan TNT.

Mereka menganggarkan meteorit itu mungkin pernah menjadi satu bahagian yang sama membentuk objek angkasa yang besar yang digelar 86039 yang pertama kali dikesan pada 1999 yang biasa menghampiri orbit bumi.

Tenaga yang dilepaskan di atmosfera itu bersamaan antara 27 dan 41 kali lebih besar daripada letupan bom atom pertama ke atas Hiroshima pada 1945.

''Meteorit itu pecah menjadi serpihan kecil antara ketinggian kira-kira 30 dan 45 kilometer, sekali gus mengelak lebih banyak kerosakan serius ke atas bumi.

''Jumlah keseluruhan serpihan meteorit yang ditemui lebih besar daripada 100 gram, lebih rendah daripada yang dijangkakan,'' kata kajian itu.

Sebelum ini, meteorit itu dianggarkan berukuran keseluruhan 17 meter dan berat sehingga 10,000 tan. - AFP

Sumber

No comments:

Post a Comment