Thursday, March 17, 2011

Krisis Loji Nuklear Jepun: Korea Selatan akan hantar bekalan boron

SEOUL 16 Mac - Korea Selatan akan menghantar bekalan boron ke Jepun bagi membantu menstabilkan reaktor nuklearnya yang rosak akibat gempa bumi pada minggu lepas.

Agensi Berita Yonhap yang memetik Kementerian Ekonomi Berdasarkan Pengetahuan di Seoul melaporkan Tokyo meminta bekalan tambahan boron kerana ia telah kehabisan bekalan yang ada di loji tenaga nuklear di Fukushima. Sebanyak 52 tan bahan kimia itu akan dihantar melalui kapal dalam beberapa hari lagi.

Boron mempunyai kemampuan menyerap neutron, memperlahankan pembelahan nuklear dan menyejukkan reaktor yang kini dalam bahaya ekoran sistem penyejuk di kesemua enam reaktor di loji tenaga nuklear itu rosak.

Syarikat-syarikat minyak Korea Selatan juga merancang menghantar bekalan petrol dan diesel ke Jepun yang mengalami kekurangan bekalan selepas berlaku bencana alam itu.S-Oil dan SK Energy menerima permohonan bantuan dari Jepun selepas beberapa kilang penapisan minyak di negara matahari terbit itu tidak beroperasi. - Dpa

Sumber

No comments:

Post a Comment