Oleh : Mohd Faudzi Bin Umar
Catatan : // Penulis merupakan pensyarah di Jabatan Fizik , Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Penyelidikan Sultan Idris, (UPSI)
Bahagian 1
Catatan : // Penulis merupakan pensyarah di Jabatan Fizik , Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Penyelidikan Sultan Idris, (UPSI)
Bahagian 1
Fizik Teori ialah salah satu cabang bidang fizik yang menggunakan model matematik dan keabstrakan konsep fizik dalam memperihalkan fenomena tabii. Ini bermaksud ia menggunakan matematik fizik seperti aljabar dan kalkulus sebagai peralatan untuk mengkaji fenomena asas alam tabii tanpa mencabuli sebarang konsep dan hukum fizik yang telah dipatuhi. Penyelidikan fizik teori hanya menjurus kepada konsep asas pembinaan fizik tersebut dengan hanya menggunakan peralatan pen dan kertas serta papan putih untuk melihat gambaran abstrak fizik yang lebih besar. Ianya tidaklah seperti kajian fizik eksperimen yang memerlukan peralatan dan instrumentasi yang sangat tinggi kosnya. Antara bidang penyelidikan dalam fizik teori secara amnya adalah seperti fizik kuantum, kuantum informatif, fizik zarah, fizik tenaga tinggi, teori medan kuantum, mekanik kuantum, masalah jasad banyak (kimia kuantum), kekalutan dan pencacai, teori kenisbian am, kosmologi dan fizik kondensasi.
Instrumen atau metod kajian yang diperlukan oleh fizik teori, adalah imaginasi atau lebih popular di Jerman dengan istilah “Gedanken experiment”, yang mana ia boleh dilakukan melalui daya imaginasi tentang sesuatu fenomena fizik dan memperihalkannya tanpa mengenepikan konsep fizik asas yang lain. Sebagai contoh yang klasik, Albert Einstein telah cuba merealisasikan Teori Kenisbian Khas beliau pada rangka gerakan pecutan, dengan hanya membayangkan pencerap di dalam sebuah lif yang tertutup berada di bumi secara statik dengan pencerap yang bergerak dengan pecutan 9.81m/s2 secara menegak dan fenomena ini adalah setara meskipun berbeza rangka dinamiknya. Ia dikenali sebagai Prinsip Kesetaraan dan juga telah merintis kepada pembinaan Teori Kenisbian Am melalui Prinsip Kesetaraan tersebut.

Seperti yang kita sedia maklum pada perenggan sebelum ini, penyelidikan fizik teori adalah sekadar memerlukan buku rujukan asas, pen, kertas dan kemahiran berfikir yang baik iaitu kemahiran berimaginasi dan biaya penyelidikan bidang ini tidak memerlukan kewangan yang besar. Makalah ini adalah bertujuan untuk memberi sedikit gambaran mengenai halatuju penyelidikan fizik teori di Malaysia, berserta isu dan cabarannya berdasarkan pengalaman, pencerapan dan pembacaan penulis mengenainya. Sebelum kita membincangkan dengan lebih terperinci, adalah wajar untuk penulis memetik sedikit kandungan daripada ucaptama Prof Chia Swee Ping (Presiden Institut Fizik Malaysia) ketika konferensi Expository Quantum Lecture Series 4 di UPM baru baru ini. Dalam ucapan beliau, dinyatakan bahawa di negara barat, bidang fizik teori mendahului dan menjadi peneraju kepada penyelidikan fizik kemudian disusuli dengan pengesahan melalui ujikaji, tetapi fenomena itu adalah sebaliknya di Malaysia, iaitu fizik eksperimen lebih terkehadapan mendahului berbanding kajian fizik teori.
Jika dilihat budaya penyelidikan di universiti, iaitu peringkat Projek Tahun Akhir Sarjanamuda, pelajar-pelajar didedahkan dengan penyelidikan-penyelidikan bidang fizik gunaan, yang hanya sekadar memenuhi syarat-syarat untuk bergraduan. Tambahan pula, penyelidikan-penyelidikannya adalah seperti kajian yang sekadar menaiktaraf daripada silibus amali dalam kursus, tiada budaya menyelesaikan masalah, hanya memperolehi hasil akhir dan tiada sikap ingin tahu diterapkan dalam penyelidikan. Apa yang menjadi keutamaan ialah “dapatkan data” dan “bentang kan hasil kajian”. Jika ditanya; Kenapa digunakan kaedah tersebut? atau apakah yang menyebabkan keputusan eksperimen jadi begitu dan begini, pelajar tersebut tidak dapat menjawabnya. Ini kerana berkemungkinan pelajar tersebut lemah dalam pengetahuan asas fizik, atau pelajar tersebut tidak dapat menghubungkaitkan hasil dapatan kajiannya dengan konsep asas fizik atau pelajar tersebut melakukan apa yang disuruh oleh pensyarahnya sahaja untuk memenuhi syarat-syart bergraduan.
Manakala di peringkat sarjana dan doktorat pula, jarang kedengaran pentelaahan dalam bidang fizik teori dilakukan. Malah jika diperhatikan dalam Jurnal Fizik Malaysia pun agak sedikit bilangan makalah-makalah dalam bidang fizik teori diutarakan, jika adapun ia dari penyelidik yang sama.
Jika disemak semula kursus-kursus fizik di IPT, ia kelihatan agak kurang memberi penekanan kepada kursus-kursus fizik tulen dalam silibus ijazah sarjanamuda fizik, seperti mekanik kuantum lanjutan, fizik matematik, mekanik klasik, mekanik statistik, teori medan kuantum dan teori kerelatifan. Dari perspektif pelajar, kursus tersebut boleh diklasifikasikan sebagai kursus merendahkan gred akademik mereka atau lebih popular di kalangan pelajar sebagai “killer subject”. Ditambah pula dengan pensyarah yang mengajar kursus tersebut bukanlah pakar dalam bidang yang diajar, tapi sekadar “bidan terjun”. Ini adalah pengalaman penulis sewaktu bergelar mahasiswa dahulu. Kenyataan tersebut, tidaklah menjadi kesimpulan secara keseluruhan kepada universiti-universiti di Malaysia, cuma sekadar pencerapan terhad dan pengalaman cetek penulis sahaja.
No comments:
Post a Comment