Thursday, December 29, 2011

Calar Imej Cendekiawan: Budaya Plagiarisme

Amat memalukan dan mengecewakan apabila ahli akademik serta warga institusi pengajian tinggi yang diiktiraf intelektual, profesional serta terpelajar masih dibelenggu budaya plagiarisme hingga menjatuhkan taraf kredibiliti golongan terbabit. Budaya yang tidak pernah surut membelenggu dunia akademik ini bukan saja mencerminkan ketidakjujuran sesetengah ahli akademik dalam profesion kolar putih malah mampu menggugat kualiti graduan dihasilkan.

Biarpun segelintir pihak menganggap budaya berkenaan sebagai terpencil, tanpa kekangan atau tindakan proaktif, bakal mencemarkan nama baik warga institusi pengajian tinggi hingga boleh dipersoalkan masyarakat.

Adakah ia berlaku kerana golongan terbabit tidak yakin pada kemampuan diri sendiri hingga mencari jalan mudah menciplak hasil orang lain?

Atau kerana sikap sambil lewa masyarakat menyebabkan budaya berkenaan terus berleluasa meskipun mencalarkan imej warga terpelajar.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Dr Omar Abdull Kareem berkata, budaya plagiarisme yang tidak dibendung mampu ‘menghakis’ dan membunuh usaha melahirkan golongan akademik berwibawa.

Budaya itu, menurutnya boleh dianggap sebagai parasit kerana bukan sekadar membinasakan kredibiliti, malah menyebabkan mereka berterusan memplagiat tanpa menghiraukan penat lelah orang lain.

“Isunya bukan hanya membabitkan satu pihak malah mempengaruhi pihak lain yang terlebih dulu bersusah payah menghasilkan terbitan, karya dan idea asli. Lebih malang lagi apabila kegiatan itu dilakukan mereka yang menggelarkan diri sebagai ‘golongan intelektual’.

“Sudah tentu ia satu penipuan dan merendahkan martabat malah masyarakat juga tertipu kerana mempercayai kemampuan golongan ini dalam menghasilkan hasil bermutu dan bersifat akademik.

“Bukankah ini sungguh mencalarkan imej padahal mereka mendapat sanjungan masyarakat? Sanggupkah menerima pengiktirafan itu jika tidak jujur?

“Justeru, berfikirlah secara positif dan matang sebelum melakukan tindakan itu supaya ia tidak memalukan diri sendiri dan institusi,” katanya.

Plagiat secara am ditakrif sebagai usaha menciplak tesis, kertas kerja atau kajian membabitkan ayat dalam karya selain persoalan hak cipta. Sementara idea, data, ciptaan dan penulisan pula adalah paling sinonim diplagiat.

Antara faktor yang memungkinkan berlakunya plagiarisme adalah masa, tiada komitmen dan penyeliaan dilakukan secara sambil lewa serta tiada kesungguhan.

Beliau berkata, mahasiswa dan pensyarah perlu memainkan peranan penuh bertanggungjawab bagi memastikan penumpuan serta integriti tidak lari daripada panduan menghasilkan karya bermutu.

“Malangnya, sebahagian besar hanya melihat jalan mudah hingga sanggup membelakangkan profesionalisme dan harga diri semata-mata memastikan kejayaan menghasilkan karya, tesis atau jurnal tercapai.

“Mereka tolak ke tepi nilai ilmu yang ingin diterapkan hingga menjadikan budaya ini satu kebiasaan. Harus sedar, berada di institusi pengajian tinggi bermakna perlu menggandakan usaha, bersusah payah dan berdepan rintangan sebelum berjaya.

“Barulah hasil kejayaan dikecapi itu manis dan berbaloi. Namun jika asyik memplagiat hasil orang lain, apakah makna perjuangan ilmu itu?” katanya mengakui penyeliaan dalam apa jua penghasilan karya perlu dilakukan dengan penuh teliti.

Menurutnya kajian atau penulisan bertujuan mencambah pemikiran baru selain meningkatkan lagi nilai intelektual individu. Ia perlu dipantau dan diteliti sebelum diiktiraf.

“Longgarnya aspek itu akhirnya memungkinkan plagiarisme berlaku sekali gus menghakis sedikit demi sedikit nilai asli yang ingin dihasilkan. Bayangkan jika semua hasil adalah plagiat, apakah kualiti yang mampu dicapai?,” katanya.

Budaya itu juga, katanya, sangat memalukan dan tidak adil kepada kelompok lain yang berusaha keras menghasilkan karya asli namun tetap mendapat pengiktirafan sama.

Meskipun universiti mengamalkan dasar dan polisi tegas untuk membendung budaya itu, masih ada yang berani melakukannya kerana beranggapan ‘tiada siapa tahu’ selain menjimatkan masa.

“Setiap institusi mempunyai polisi ketat bagi memastikan budaya plagiarisme tidak menular, sekali gus menjatuhkan nama baik institusi. Bagaimanapun, masih ada yang berani menongkah arus semata-mata memastikan misi tercapai.

“Lebih hebat, mereka turut memplagiat hasil penyelidikan. Ironinya, budaya ini tidak terhad hanya pada golongan akademik, malah mahasiswa turut sama melakukannya.

“Cuma caranya berbeza dengan penilaian atau tujuan berlainan. Apapun alasan, ia sama sekali tidak boleh diterima kerana menjatuhkan nilai ilmuwan dan intelektual,” katanya.

Antara cara boleh dilakukan bagi mengesan plagiarisme adalah penyeliaan teliti oleh penyelia selain menerusi perisian pengesan Turnitin yang boleh membantu mengenal pasti bahagian diciplak penulis tanpa menyatakan sumbernya.

Sama ada budaya ini boleh dikekang, beliau berkata, semuanya terpulang kepada kesedaran dan kejujuran individu menghasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk diri sendiri serta masa depan.

“Perkara ini amat subjektif, hanya diri sendiri saja yang boleh menentukan dan merencanakan perjalanan kejayaan masing-masing. Plagiat sebenarnya tidak beretika dan wajar dihentikan. “Perlu yakin pada kemampuan diri sendiri, berusaha keras dan berdisiplin. Hanya itu kunci yang ada untuk mencapai kejayaan.

“Selain itu, plagiat hanya merugikan, merendahkan taraf seseorang yang mungkin dapat mengecapi kesenangan seketika. Namun berbaloikah kerana ia terhasil dari usaha orang lain, bukan diri sendiri;” soalnya.

INFO

•Kamus Dewan Edisi Ketiga mendefinisikan plagiat sebagai mencedok kata, idea dan sebagainya daripada orang lain dan menggunakannya sebagai karya sendiri, tiruan atau menciplak.

•Wikipedia pula mendefinisikan, plagiarisme adalah mengakui tulisan orang sebagai tulisan sendiri; mengakui gagasan orang lain sebagai pemikiran sendiri; mengakui penemuan orang lain sebagai kepunyaan sendiri; mengakui karya kelompok sebagai kepunyaan atau hasil sendiri, menyajikan tulisan yang sama dalam kesempatan yang berbeza tanpa menyebutkan asal-usulnya.

•Perisian komputer seperti Word Check System, Turnitin dan Scan My Essay banyak diaplikasikan oleh universiti di seluruh dunia dilihat sangat berkesan dalam memastikan kewujudan elemen plagiarisme dalam penyediaan kajian ilmiah, tesis dan penulisan akademik lain secara atas talian.

Sumber

Wednesday, December 21, 2011

Saintis Temui Dua Planet Baru Bersaiz Bumi

Artikel terdahulu

NEW YORK: Saintis menemui dua planet bersaiz bumi yang yang berada di orbit bintang di luar sistem solar, sekali gus petanda positif dalam misi penerokaan mencari planet baru yang boleh didiami manusia selain bumi. Penemuan itu menunjukkan planet seperti itu wujud dan ia boleh dikesan, kata saintis, Francois Fressin dari Pusat Kajian Astrofizik Harvard-Smithsonian.

Beliau berkata, kedua-dua planet itu tergolong sebagai planet terkecil dalam orbit bintang yang mengelilingi matahari yang dikesan setakat ini. Saintis sejak sekian lama berusaha mencari planet berpotensi bersaiz bumi yang boleh dihuni manusia dan mahluk bernyawa lain. Penemuan Fressin itu dilaporkan dalam jurnal online - Journal Nature semalam.

Satu daripada planet itu hanya tiga peratus lebih besar daripada ukur lilit bumi manakala satu lagi antara 10 peratus lebih besar dari bumi.

Kedua-dua planet itu dilaporkan mempunyai permukaan batu-batan yang mirip bumi.

"Namun suhunya terlalu panas untuk membolehkan hidupan bernyawa tinggal kerana suhunya dianggarkan antara 815 hingga 426 darjah selsius," kata Fressin.

Beliau berkata, jika adapun tumbuhan atau hidupan bernyawa di planet itu, ia kemungkinan sebagai bakteria atau hidupan yang tidak diketahui.

Sejak NASA menjalankan misi mencari planet baru menerusi teleskop gergasi Kepler, agensi angkasa itu sudah menemui puluhan planet bersaiz bumi.

Namun penemuan Fressin itu adalah yang pertama mempunyai pengesahan, kata Alan Boss dari Institut Sains Carnegie di Washington.

Beliau juga salah seorang anggota pasukan saintis Kepler. Kedua-dua planet itu dinamakan sebagai Kepler-20e dan Kepler-20f. - AP

Sumber

Sunday, December 11, 2011

3,000 Saksi Gerhana Bulan Penuh


Gerhana bulan penuh yang dirakam di Johor Bahru, malam tadi. – Mingguan/ raja jaafar ali

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Kira-kira 3,000 pengunjung bertumpu di Planetarium Negara untuk menyaksikan gerhana bulan penuh yang terakhir pada tahun ini bermula pukul 7.35 malam hingga 1.30 pagi.

Fenomena itu hanya dapat disaksikan semula oleh rakyat Malaysia pada 2014.

Pengarah Planetarium Negara, Azreena Ahmad; Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr. Mustafa Din Subari dan Timbalannya, Dr. Nordin Ahmad turut menyertai orang ramai menyaksikan fenomena itu.

Azreena ketika ditemui berkata, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan apabila ia melintasi bayang bumi.

“Gerhana pada malam ini bermula dengan fasa penuh penumbra pada pukul 7.34 malam (waktu tempatan), tetapi kesan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayangan penumbra bumi yang kurang gelap.

“Gerhana jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi mulai pukul 8.46 malam sehingga gerhana maksimum pada pukul 10.32 malam ini.

“Bulan akan mula keluar daripada bayang umbra bumi pada pukul 10.57 malam dan keluar sepenuhnya pada pukul 12.18 tengah malam ini,” katanya

Sumber

Pencarian Kembar Bumi

PENYELIDIKAN untuk membuktikan kewujudan makhluk asing seperti yang digambarkan dalam filem Hollywood seperti E.T. dan Avatar sudah lama dimulakan. Begitupun, belum ada bukti yang dapat menyokong teori itu.


Malah, hidupan lain seperti bakteria dan tumbuh-tumbuhan di bulan atau planet lain juga tidak diketahui kewujudannya.


TELESKOP Kepler yang meneroka angkasa luar.
 Bagaimanapun, penemuan sebuah planet baharu yang mempunyai banyak persamaan dengan bumi awal minggu ini oleh pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Amerika Syarikat memberi dimensi baru dalam penyelidikan tentang kehidupan di angkasa lepas.

Diberi nama Kepler -22b, planet yang terletak di luar sistem suria bumi itu berada di dalam zon boleh dihuni.

Ia mempunyai suhu selesa yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk seakan musim bunga iaitu sekitar 22 darjah Celcius.

Bahkan, keadaan geofizikalnya yang mempunyai air dan tanah melengkapkan lagi potensi terbaik planet tersebut untuk menampung kehidupan.

Dengan saiz 2.4 kali lebih besar berbanding bumi, planet itu ditemui melalui teleskop Kepler milik NASA yang dilancarkan pada tahun 2009 untuk mencari planet-planet baru.

"Penemuan Kepler -22b adalah satu sejarah baharu manusia.

"Sebelum ini pakar astronomi pernah menjumpai dua planet di dalam zon sama tetapi ia tidak mampu menampung kehidupan," ujar Profesor Astronomi di Universiti California, Berkeley, Amerika Syarikat (AS), Geoff Marcy.

Persamaan


ASTEROID Lutetia yang dikatakan material asal yang membentuk Bumi, Zuhrah dan Utarid.














Geoff yang juga perintis usaha mencari planet di luar sistem suria bumi menjelaskan, penemuan planet baharu ini membuktikan penerokaan NASA untuk mencari planet serupa bumi tidak sia-sia.

"Walaupun perlu meneroka jauh di luar angkasa, kita sebenarnya semakin hampir dengan matlamat itu," katanya.

Selain suhu yang selesa, tanah dan air, Kepler -22b yang jaraknya dikatakan 15 peratus lebih dekat dengan bintang seakan matahari berbanding bumi.

Kepler turut mengelilingi 'bintang matahari' itu dalam tempoh 290 hari setahun iaitu hampir menyamai 365 hari setahun di bumi.

Sejak dilancarkan pada akhir 2009, Geoff dan Pasukan Teleskop Angkasa Lepas Kepler telah berjaya mengenal pasti 1,200 planet namun penemuan sebelum ini dikenal pasti tidak mempunyai ciri sesuai untuk dihuni.

Misi yang menelan berbilion dolar itu dilancarkan untuk mencari planet seakan bumi dengan merentasi permukaan bintang asing.

Oktober lalu, NASA mendedahkan sebuah kapal angkasa miliknya telah menjumpai sistem tiga planet luar biasa yang mengandungi satu planet Super Bumi dan dua planet bersaiz Neptun mengorbit bintang seakan matahari kita.


"Teleskop Angkasa Kepler menemui tiga planet di sekitar bintang Kepler-18, yang 10 peratus lebih besar daripada matahari kita dan mengandungi 97 peratus jisim matahari," ujar Bill Cochran, ketua pengkaji di Universiti Texas.

Jelasnya, sistem asing juga boleh menjadi perumah kepada lebih banyak planet daripada apa yang telah ditemui setakat ini.

Kesemua tiga planet yang diberikan nama Kepler-18b, c dan d itu mengorbit lebih dekat dengan bintang induknya berbanding Utarid mengelilingi matahari.

Calon planet

Bagaimanapun, planet Kepler-18b mengorbit lebih dekat dengan bintang induknya, iaitu mengambil hanya 3.5 hari untuk melengkapkan putarannya.

"Planet yang mempunyai jisim kira-kira enam kali jisim bumi dan dua kali saiz planet kita, menjadikan planet Kepler-18b sebagai Super Bumi," jelasnya.

Kepler-18c pula mengambil masa 7.6 hari untuk mengorbit bintang induknya dan 5.5 kali lebih besar daripada bumi, dan mempunyai jisim yang hampir sama dengan 17 buah bumi.

Kepler-18d mengambil masa 14.9 untuk mengorbit dan kira-kira tujuh kali lebih besar daripada bumi dengan jisim 16 kali jisim bumi.

Berdasarkan anggaran ini, planet c dan d adalah layak sebagai dunia 'Kelas Neptun' berketumpatan rendah.

Sementara itu, menurut Ketua Penyiasat Sains Misi Kepler NASA, William Borucki, planet-planet di sekeliling Kepler-18 membantu ahli astronomi kerana aktiviti orbit antara Kepler-18c dan Kepler-18d menunjukkan bahawa mereka mestilah berada di dalam sistem planet yang sama.

"Tetapi untuk membuktikan identiti Kepler-18b sebagai Super Bumi merupakan sesuatu yang rumit," katanya.

Sehingga kini, Kepler telah menemui 1,235 'calon' planet yang sedang menunggu pengesahan melalui pemerhatian susulan.

Daripada jumlah itu, 54 planet dikenal pasti berada dalam zon Goldilocks.

Misi utama Kepler bukanlah untuk mengenal pasti planet mana yang mempunyai hidupan namun ia sekadar petunjuk kepada ahli astronomi mengenai planet yang berpotensi untuk hidupan.


Dianggarkan terdapat sekurang-kurangnya 50 bilion planet di dalam galaksi Bima Sakti dengan lebih kurang 500 juta daripadanya terletak di zon Goldilocks yang mempunyai iklim sesuai untuk hidupan.

"Satu daripada empat bintang yang serupa dengan matahari dalam galaksi Bima Sakti didapati menempatkan banyak planet bersaiz bumi sekali gus mencadangkan bahawa sistem yang menampung kehidupan seperti di bumi mungkin lebih banyak terdapat berbanding jangkaan sebelum ini," ujar Borucki.

Boleh dihuni

Dia turut memberitahu, pasukan penyelidiknya telah mengenal pasti 200 bintang yang mempunyai planet dalam zon boleh didiami.

Saintis mengambil masa bertahun-tahun bagi mengenal pasti terdapat 100 bilion bintang di dalam Bima Sakti.

Namun, pada tahun lepas di Yale, saintis mendapati jumlah tersebut menghampiri 300 bilion bintang.

Saintis Kepler, Natalie Batalha berkata, jumlah tersebut melibatkan galaksi Bima Sakti sahaja dan terdapat 100 bilion galaksi.

"Pertambahan jumlah bintang yang ditemui menimbulkan persoalan adakah terdapat hidupan lain di alam semesta dan jawapannya tidak diketahui.

Walaupun jarak Kepler -22b itu jauhnya 600 tahun atau 5,760 trilion kilometer dari bumi, keadaan itu bukan halangan untuk para saintis angkasa lepas mengkaji tentangnya," kata Natalie.

Sumber

Tuesday, October 11, 2011

Sangat Bagus Tuk Na

1. Na dapat daripada FB Mad (junior na) :



2.  If you can't write it down,then you do not understand it!-m.plenio

Monday, October 10, 2011

'Halo Bulan' Fenomena Biasa: Pakar

Halo Bulan
KUALA LUMPUR: Fenomena "Moon Halo" atau Halo Bulan yang berlaku kira-kira jam 10 hingga lewat malam tadi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, bukanlah sesuatu yang luar biasa tetapi sering berlaku apabila bulan melalui fenomena tertentu.

Penolong Pegawai Sains Observatori Negara Langkawi, Karzaman Ahmad, berkata fenomena bulan yang kelihatan seolah-olah dikelilingi cincin itu berlaku disebabkan pembiasan cahaya bulan yang melalui kristal ais (ketulan ais) pada awan jenis sirus yang terletak kira-kira lima hingga 10 kilometer dari permukaan bumi. "Cahaya bulan itu akan dibias dan dipantulkan oleh kristal ais maka cincin yang kelihatan di sekiling bulan itu adalah cahaya bulan yang terserak. "Cincin tersebut sepatutnya berwarna pelangi namun disebabkan bulan tidak mempunyai cahayanya sendiri (bulan hanya memantulkan cahaya dari matahari) maka kesan warna itu amat terhad dan tidak kelihatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, fenomena itu juga berlaku bergantung kepada ketulan awan sirus yang berada di atmosfera selain terhasil dalam sudut dan bentuk yang berbeza dalam kristal ais.

"Moon Halo yang terhasil bergantung kepada bentuk kristal ais...ada yang berbentuk heksagon namun malam tadi ia terhasil pada bentuk cincin, sudut 22 darjah," katanya.

Karzaman berkata, fenomena yang berlaku kira-kira lima atau enam bulan sekali itu turut berlaku pada matahari dan dikenali sebagai "Sun Halo".

Beliau turut menolak dakwaan sesetengah individu yang mendakwa bahawa kejadian tersebut memberi petanda sesuatu kejadian buruk akan berlaku kepada bumi.  Lewat malam tadi, ramai di kalangan pengguna laman sosial Facebook dan Twitter yang memuat naik gambar serta membincangkan tentang fenomena itu, yang dikatakan aneh serta menimbulkan pelbagai reaksi. - BERNAMA

Sumber

p/s-kononnya ia tanda tsunami.(org kata, bukan na)..hehehe

Wednesday, October 5, 2011

Imej Galaksi Sejauh 70 juta Tahun Cahaya

Imej pertama yang dirakamkan oleh sebuah teleskop berkuasa tinggi di gurun Atacama, Chile kelmarin
menunjukkan satu pasangan galaksi yang terletak sejauh 70 juta tahun cahaya dari Bumi

SANTIAGO, Chile - Sebuah teleskop yang berkuasa tinggi merakamkan gambar galaksi buat kali pertama kelmarin dari gurun Atacama, Chile. Ia merupakan projek astronomi terbesar di dunia melibatkan Kanada, Chile, Kesatuan Eropah, Jepun, Taiwan dan Amerika Syarikat. Imej pertama itu dirakamkan oleh 12 daripada 66 radio teleskop yang dipasang di gurun berkenaan. Satu gambar yang dirakamkan teleskop itu menunjukkan satu pasangan galaksi yang berlingkar dalam buruj Corvus yang terletak sejauh 70 juta tahun cahaya dari Bumi. - AFP

Monday, September 26, 2011

Jepun Temui Beras Dicemari Radioaktif

TOKYO: Jepun menemui kes pertama beras dicemari bahan radioaktif melebihi paras ditetapkan dalam satu ujian awal tanaman sebelum dituai, lapor Kementerian Perladangan baru-baru ini.

Kementerian itu memberitahu, unsur radioaktif caesium 500 becquerels (Bq) sekilogram ditemui dalam satu sampel beras sebelum dituai di bandar Nihonmatsu di daerah Fukushima, 56 kilometer ke barat loji jana kuasa nuklear Fukushima. Loji itu lumpuh akibat gempa dan tsunami 11 Mac lalu, mencetuskan bencana nuklear terburuk dunia sejak 25 tahun lalu. Kementerian itu berkata, pihak berkuasa daerah Fukushima akan memperluas kawasan pemeriksaan hampir 10 kali ganda kepada sekitar 300 tempat.

Ia adalah kes pertama di Jepun mengenai beras mengandungi caesium melebihi 200 Bq sekilogram, tahap yang memerlukan ujian lanjut di kawasan beras yang dituai.

Satu Bq digambarkan sebagai aktiviti satu kuantiti bahan radioaktif iaitu pereputan satu nukleus sesaat. Agensi
 
Sumber

Misteri gempa

Oleh Rohaniza Idris

HAMPIR setiap bulan kita dikejutkan dengan pelbagai kejadian gempa bumi yang sekali gus mencetuskan persoalan dan kebimbangan - mengapakah kejadian itu kian kerap sehinggakan negara seperti Malaysia yang suatu ketika dulu asing dengan gegaran gempa, kini turut berasakan tempiasnya? Jika keadaan makin kerap, mungkinkah gempa paling kuat bermagnitud 9 ke atas atau ‘ibu’ gempa belum berlaku dan bilakah agaknya?

Kebimbangan itu ada asasnya kerana Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS) menganggarkan kira-kira 1.5 juta gempa bumi dengan magnitud 2.0 pada skala Richter dicatatkan setiap tahun. Berdasarkan andaian itu, bererti purata 134 gempa bumi magnitud antara 6 dan 6.9 berlaku setiap tahun. Tahun ini saja menyaksikan banyak gempa bumi yang di luar jangkaan dan besar berlaku termasuk kejadian di Fukushima, Jepun pada Mac lalu, berukuran 9.0 pada skala Richter yang mengorbankan 20,000 orang, serta mencetuskan bencana nuklear yang terbesar sejak Chernobyl. Satu lagi gempa besar berlaku di Christchurch, New Zealand pada September lalu dengan 6.3 skala Richter yang membunuh hampir 200 manakala 6 September lalu gempa bumi 6.6 melanda pulau Sumatera, Indonesia, membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang jatuh katil dan seorang lelaki yang terkena serangan jantung ketika melarikan diri waktu kejadian.

Baru-baru ini pula, negara yang sudah lama tidak dilanda bencana alam itu seperti Amerika Syarikat, Cuba, India dan Nepal turut merasai gegaran walaupun ukuran gempa dilabelkan sebagai sederhana masih menyebabkan banyak kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda yang bukan sedikit.

Ini tidak termasuk negara yang terletak di Lingkaran Api Pasifik seperti Indonesia, Filipina, China, Taiwan dan Jepun yang mana setiap tahun pasti merasai gegaran gempa sama ada bersifat lemah hingga yang paling kuat.

Bulan lalu, beberapa daerah di Amerika Syarikat yang sudah lama tidak dilanda gempa bumi kembali bergegar dengan menyaksikan Virginia paling teruk menerima kesannya dengan ukuran 5.8 pada skala Richter. Virginia sering bergegar tetapi kesan gempa kali ini paling kuat selepas lebih satu abad!

Penganalisis bencana menganggap gempa di Amerika Syarikat kali ini sebagai satu amaran bahawa akan berlaku bencana lebih besar bakal berlaku di negara berkenaan lebih-lebih lagi negara dalam satu benua seperti Cuba dan Guatemala turut dilanda gempa bumi.

Kes di Amerika Syarikat, Cuba dan Guatemala pula berlaku serentak dan berselang hari yang meningkatkan keyakinan saintis dan pakar geologi bahawa akan berlaku bencana lebih besar dalam tahun ini atau awal tahun depan.

Saintis Institut Penyelidikan Gempa Bumi Tokyo melaporkan bahawa gempa bumi 9.0 skala Richter yang menggegarkan Jepun pada bulan Mac lalu, mengubah hubungan antara plat tektonik di bawah tanah dan secara drastik meningkatkan ruang untuk berlaku satu lagi gempa besar bakal melanda Tokyo pada masa terdekat. Ini diburukkan lagi dengan faktor pembangunan pesat di kawasan berkenaan.

Institut itu meramalkan perubahan dalam tekanan plat menyebabkan fokus sempadan plat boleh beralih dan pada masa sama menyebabkan wujud satu gempa bumi 7.3 skala Richter. Kesannya gempa itu dijangka tidak seteruk kes gegaran pada Mac lalu namun Tokyo tetap akan mengalami kemusnahan yang besar.

“Kami menganggarkan 10,000 orang akan mati dan kerugian ekonomi yang akan sekitar AS $ 1 trilion (RM3.6 trilion). Malah, sebelum Mac kami menganggarkan ada kemungkinan 70 peratus gempa bumi utama akan mempengaruhi Tokyo pada bila-bila masa dalam tempoh 30 tahun akan datang,” Naoshi Hirata, penyelidik dan ahli Jawatankuasa Penyelidikan Gempa Bumi Jepun, dipetik The Daily Telegraph.

Hirata menyatakan jangkaan itu satu kebarangkalian yang sukar dinafikan kerana memang akan berlaku satu bencana besar di Jepun, walaupun mereka tidak boleh meramal bila akan berlaku.

“Apa yang kita boleh katakan bahawa semua pihak perlu bersedia,” katanya.

Tokyo umumnya mempunyai dua gempa kecil sebulan, tetapi sejak Mac, jumlah itu telah meningkat kepada purata enam kali sebulan. Jepun, kini mengalami kira-kira 500 gempa bumi sejak bencana Fukushima.

Sementara itu, gempa bumi 6.9 magnitud di wilayah terpencil Himalaya yang merentangi India, Nepal dan Tibet yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 54 orang yang berpusat di Sikkim, India Ahad lalu dianggap luar biasa jika dilihat kepada ukuran magnitud dan sifat asal gempa di kawasan berkenaan kerana wilayah itu terletak di plat tektonik Tibet dengan catatan gegaran sederhana.

Beberapa ahli geologi India berpendapat tahap gegarannya sangat berbeza dengan ukuran yang pernah dicatatkan di kawasan itu sebelum ini.

Ahli geologi Institut Sains India, CP Rajendran berkata, gempa di Sikkim berbeza kerana "magnitud yang luar biasa besar". USGS menyatakan, gegaran dirasai hingga ke Bhutan selepas ia menggegarkan sempadan Sikkim dan Nepal kira-kira jam 6.10 petang Ahad waktu tempatan. Pusat gempa terletak 60 kilometer di barat laut Gangtok, dengan kedalaman 19.7 kilometer. Gempa bumi itu diikuti dengan dua gegaran susulan yang kuat.

Beliau juga berpendapat, gempa di wilayah itu berbeza dengan kejadian gegaran yang selalu berlaku di jajaran Himalaya kerana ia di berlaku secara melintang akibat pelanggaran plat Eurasia dengan plat Eurasia

Pakar geologi Institut Penyelidikan Geofizikal Kebangsaan India di Hyderabad, Vineet Gahaulat berkata, gempa bumi di Sikkim berlaku secara melintang merentasi Himalaya dan beliau percaya akan berlaku gempa susulan yang lebih besar selepas ini

“Kejadian ini pernah dijangkakan akan berlaku dan kita percaya ia akan sebesar kejadian gempa bumi sekuat seperti kejadian di Chamoli pada 1999 dan Uttarkashi pada 1991,” katanya.

Petanda gempa

Benarkan petanda gempa bumi itu boleh dikesan awal sebelum berlakunya bencana itu? Inilah yang ditegaskan beberapa saintis dunia, termasuk Dr Neil Whitehead yang mengkaji gempa bumi di Darfield, New Zealand pada 4 September 2010 yang turut menyenaraikan tindakan spontan haiwan sebelum gempa di New Zealand serta kejadian sama di Kobe, Jepun dan di Turki.

Berikut hasil kajiannya:

1. Deria unik haiwan

•Sehari sebelum gempa di New Zealand, seorang penduduk melaporkan kelakuan aneh 40 bebiri yang membentuk bulatan mengelilingi pokok, seolah-olah berlindung daripada ribut. Kawanan bebiri ni pula membisu seolah-olah takut dengan apa yang bakal berlaku
•Laporan lain mengenai kuda yang tiba-tiba mengamuk dan enggan diikat.
•Beberapa pemilik kucing dan anjing berkata, mereka dikejutkan haiwan peliharaan masing-masing yang bising beberapa minit sebelum kejadian. Malah di Kobe, Jepun, sebelum berlakunya gempa bumi, anjing peliharaan itu bising dan seolah-olah memaksa tuan mereka supaya keluar rumah. Malah ada laporan menyatakan kucing menggigit dan mencakar tuan mereka supaya keluar rumah.
•Pemantauan di Christchurch, New Zealand, melaporkan pemilik burung mengadu binatang itu secara berterusan bising dan seolah-olah mengamuk dalam sangkar. Seorang penduduk pula berasa pelik melihatkan itik peliharaannya bertenggek di bumbung rumah dua tingkatnya, sehari sebelum gempa bumi.
•Di Canterbury, mamalia peliharaan - arnab dilaporkan memijakkan kaki dan melompat seolah-olah memberi amaran sesuatu buruk bakal berlaku, kira-kira 90 minit sebelum kejadian.
•Laporan lain memetik petugas National Zoo di Washington, Amerika Syarikat, menyenaraikan pelbagai kelakuan aneh haiwan di situ seperti Orang Utan, gorila dan burung flamingo pada 19 Ogos lalu iaitu sehari sebelum kejadian gempa bumi di kawasan itu. Orang Utan dan gorila secara tiba-tiba mengamuk dan membuat bising dalam kandang mereka manakala burung flamingo berkumpul dan dalam keadaan gelisah, juga dilaporkan beberapa minit sebelum gempa bumi berlaku.
•Laporan pada 2009 mendakwa, katak melarikan diri ke kawasan tinggi beberapa hari sebelum berlakunya gempa bumi di LAquila, Itali.
•Pada 1975, laporan paling popular menyenaraikan ular dan katak keluar daripada tempat persembunyian masing-masing, beberapa minggu sebelum gempa bumi bermagnitud 7.3 di Haicheng, China. Malah, kelakuan aneh haiwan itu yang menggerakkan pegawai tempatan mengarahkan orang ramai meninggalkan kawasan itu dan mengelak lebih banyak kematian.
•Pakar gempa Amerika Syarikat, Susan Hough, mengaitkan perubahan kelakuan haiwan itu disebabkan gempa menghasilkan dua gelombang iaitu jenis lemah dan kuat. Gelombang lemah bergerak secara mendatar manakala gelombang kuat atau lebih bertenaga, yang bergerak dari hala atas ke bawah atau dari udara ke darat dan gelombang inilah dirasai haiwan.

2. Perubahan di darat/air

•Beberapa hari sebelum gempa bumi di New Zealand, September tahun lalu, penduduk yang berkelah di sekitar sungai Hagley Park, melaporkan fenomena getaran di situ.
•Pasangan suami isteri yang berada di hilir Sungai Waimakariri melaporkan aliran sungai itu menongkah ke belakang. Ia mengulangi fenomena sama yang pernah berlaku di Sungai Seta, Jepun dan gempa bumi 1812 di Madrid, Sepanyol yang mana petandanya turut berlaku di Amerika Syarikat apabila aliran Sungai Mississippi di Amerika, mengalir ke arah berlawanan untuk beberapa ketika.

3. Langit/awan

•Wujudnya pembentukan aneh awan yang dilabelkan sebagai cuaca gempa bumi seperti dicatatkan pada petang, kira-kira seminggu sebelum gempa bumi New Zealand. Beliau mendakwa melihat dua kepulan awan dengan warna menyamai pelangi.

4. Elektronik

•Petanda paling kerap dilaporkan adalah gangguan siaran televisyen yang berlaku pada malam sebelum gempa bumi New Zealand berkenaan. Laporan gambar menjadi kaku dan cubaan bertukar ke siaran lain juga gagal.
•Seorang penduduk pula mendakwa jam tangan dan jam radionya berhenti secara tiba-tiba, tepat jam 3.17 pagi.
•Petugas kedai buku melaporkan kejadian aneh berlakunya elektrik statik iaitu apabila rambut pengunjung berdiri serta helaian muka surat terpisah daripada buku.

Sumber

Sunday, September 25, 2011

Satelit Penyelidikan Atmosfera Amerika Syarikat (UARS)

Gambar satelit UARS yang dikeluarkan oleh NASA selepas ia jatuh ke bumi kelmarin. - AFP
Berita selanjutnya, Klik di sini.

Saturday, September 24, 2011

Neutrino Lebih Laju daripada Cahaya

GAMBAR menunjukkan bangunan Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah pada 30 Mac 2010.
PARIS, Perancis - Sekumpulan ahli fizik melaporkan kelmarin bahawa sejenis partikel yang yang dinamakan neutrino boleh bergerak lebih laju daripada cahaya. Partikel itu lebih kecil daripada sebutir atom.

Jika penemuan tersebut disahkan, ia boleh mencabar teori relativiti yang diperkenalkan oleh saintis legenda, mendiang Albert Einstein. Teori berkenaan menyatakan tiada unsur yang dapat mengatasi kelajuan cahaya di alam semesta ini.

Kumpulan ahli fizik terbabit memberitahu, uji kaji yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN), Switzerland dan sebuah makmal di Itali menunjukkan partikel itu bergerak selaju 300,006 kilometer sesaat.

Pergerakan partikel itu adalah sekitar enam km/s lebih laju daripada kelajuan cahaya.

"Keputusan ini amat mengejutkan," kata seorang jurucakap eksperimen berkenaan yang dikenali sebagai OPERA, Antonio Ereditato.

"Kami mahu mengukur kelajuan neutrino tetapi kami tidak menjangkakan akan membuat penemuan luar biasa seperti ini," tambahnya. - AFP

Sumber


Salam, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai neutrino, sila klik di sini.(25/9/2011)

Sunday, September 18, 2011

Bintang Makin Pupus di Galaksi

NEW SOUTH WALES: Penyelidikan mendapati semakin kurang bintang terhasil di seluruh galaksi dibandingkan lapan bilion tahun lalu. Keadaan itu membingungkan saintis sejak fenomena pembentukan bintang mula dipantau 15 tahun lalu.

Apapun, punca semakin kurang bintang terhasil didedah sekumpulan penyelidik diketuai pakar astrofizik CSIRO, Robert Braun. Mereka menyatakan, keadaan itu disebabkan galaksi semakin kehabisan gas iaitu kepulan awan molekul gas hidrogen yang menjadi asas pembentukan bintang. Ada juga pihak mendakwa, hasil kumpulan penyelidikan diketuai Braun tidak lengkap kerana hanya meninjau galaksi gergasi.

Tetapi, Braun tidak bersetuju dengan pandangan itu dan menyalahkan tenaga hitam iaitu unsur yang memacu perluasan alam semesta, sebagai satu lagi punca semakin kurang bintang terbentuk. Ia bukan berita baik untuk alam semesta, kata Braun yang menambah: Jika setiap galaksi pada masa ini menghasilkan bintang mengikut kepantasan semasa, proses pembentukan bintang akan tamat dalam masa satu atau dua bilion tahun. Jadi, tiada lagi bintang akan terbentuk selepas itu.

Beliau membuat andaian itu berdasarkan pemantauan terhadap 11 galaksi yang mudah dilihat menggunakan teleskop CSIRO dekat Coonabarabran, di sini. Kesimpulan itu dicapai menerusi kerjasama dengan penyelidik lain di Akademi CSIRO dan Sains Angkasa, Universiti Australia Barat dan Makmal Teleskop Paris.

Braun membandingkan data beberapa sumber itu membabitkan perkembangan galaksi terdekat. Kumpulan penyelidikannya membuat kesimpulan itu menerusi perbandingan galaksi yang ada sekarang dengan galaksi tua berusia lima bilion tahun.

Dalam satu notis kepada Persatuan Astronomi Diraja, mereka menyatakan, tahap hidrogen menurun 10 kali ganda dalam tempoh lima bilion tahun. Kadar penurunan itu memang besar, kata Braun. Penemuan kumpulan diketuai Braun mengukuhkan hasil kajian awal tahun ini oleh satu lagi kumpulan diketuai Francoise Combes yang mengesan keadaan hidrogen di ruang utara dan khatulistiwa bumi, menggunakan teknik berbeza.

Bagaimanapun, prosedur kajian analisa kami membawa kepada hasil penyelidikan yang lebih tepat. Kesimpulan kami adalah mutakhir, katanya. Pandangan Braun disokong ahli astronomi Australia, Andrew Hopkins. Mereka berjaya mengesan perubahan yang berlaku kepada gas itu mengikut tempohnya. Cara ukuran yang digunakan juga begitu teliti dan analisis dihasilkan menyeluruh.

Jadi, ke mana perginya pula gas yang hilang itu? Hopkins berkata, gas itu masih ada. - Agensi

Sumber

Friday, September 9, 2011

Gambar mengagumkan planet Zuhal

WASHINGTON - Satu imej planet Zuhal yang mengagumkan berjaya dirakamkan oleh kapal angkasa lepas Cassini-Huygens, lapor sebuah akhbar kelmarin. Menurut seorang ahli astronomi, Robin Canup di Institut Penyelidikan Barat Daya di Boulder, Colorado, imej tersebut mengagumkan kerana bahagian malam Zuhal kelihatan bercahaya akibat lantunan cahaya gelang yang terdapat di sekelilingnya. Kapal angkasa Cassini-Huygens merupakan projek usaha sama melibatkan Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan, Agensi Angkasa Lepas Eropah dan Agensi Angkasa Lepas Itali. Ia dilancarkan pada 1997 dan akan terhempas di planet Zuhal pada 2017. - Agensi
Sumber

Tuesday, August 16, 2011

Seminar Mingguan INSPEM: Kritik Teori Einstein dan Teori Kuantum

YBhg. Prof./Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan,

Seminar Mingguan INSPEM: Kritik Teori Einstein dan Teori Kuantum

Sukacita dimaklumkan bahawa Dr. Shaharir Mohamad Zain telah menyampaikan dua dari tiga seminar bersiri berkaitan buku beliau, “Kritik Teori Einstein dan Teori Kuantum” semasa slot seminar mingguan INSPEM. Untuk makluman YBhg. Prof./ Prof.Madya/ Dr./ Tuan/ Puan, tarikh seminar yang ketiga akan dipinda seperti berikut:

Tarikh dan Masa :  19 Ogos 2011 (3.15 petang) telah dipinda kepada 23 September 2011 (3.15 petang) 

Tempat:  Bilik Seminar Al-Khawarizmi, Bangunan Matematik, Jabatan Matematik, Fakulti Sains, UPM.


Sehubungan itu, YBhg. Prof./Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan yang berminat, dialu-alukan untuk menyertai seminar ini. Tiada yuran penyertaan dikenakan. Pihak INSPEM juga ingin memohon jasa baik pihak YBhg. Prof./Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan untuk menghebahkan mengenai seminar ini kepada rakan-rakan, penyelidik, pelajar atau individu yang berminat untuk menyertai seminar ini.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Fara Nadia Zainuddin di: 03-8946 7594, atau emailkan kepada: faranadia@putra.upm.edu.my.

Sekian, Terima Kasih.

“BERILMU BERBAKTI”
 
Yang Benar,
Fara Nadia Zainuddin
Pegawai Sains
Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM)
Universiti Putra Malaysia

Friday, July 8, 2011

Thursday, June 23, 2011

Thursday, June 16, 2011

Matahari masuki fasa seperti abad ke-17

GAMBAR fail yang dirakamkan kapal angkasa kecil milik Pentabiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menunjukkan letusan berlaku di matahari pada 7 Jun lalu.


WASHINGTON - Saintis-saintis Amerika Syarikat (AS) menyatakan kitaran biasa bintik matahari kini memasuki fasa hibernasi yang tidak pernah dilihat sejak kurun ke-17 dengan suhu global dijangka turun akibat perubahan itu.

Selama bertahun-tahun, para saintis meramalkan bahawa menjelang 2012, matahari akan mengalami fasa dikenali sebagai solar maksimum dengan aktiviti ledakan api dan bintik matahari berada pada tahap paling aktif.

Keadaan tersebut dijangka menyebabkan suhu Bumi meningkat. Namun, permukaan matahari yang agak tenang sejak kebelakangan ini menunjukkan keadaan yang sebaliknya.

Tanda-tanda perubahan tersebut termasuk ketiadaan pancutan api, sejumlah bintik yang pudar dan kelembapan aktiviti di kedua-dua kutub matahari.

Pendedahan itu dibuat menerusi tiga hasil kajian yang dibentangkan pada pertemuan tahunan Bahagian Solar Fizik Persatuan Astronomi Amerika Syarikat di Las Cruces, negeri New Mexico kelmarin.

"Keadaan ini ganjil dan di luar jangkaan," kata seorang pengarah bersama Agensi Percerapan Solar Nasional, Frank Hill.

Aktiviti matahari cenderung meningkat dan berkurangan setiap kitaran 11 tahun.  Fasa solar maksimum dan solar minimum pula berlaku setiap 22 tahun. - AFP

Sumber

Wednesday, April 20, 2011

Nuklear: Pengajaran buat Malaysia - Bahagian 2

Sinaran radiasi tidak dapat dilihat dan tidak boleh ditarik balik. Dalam sesuatu krisis nuklear, akan ada banyak soalan yang timbul tentang sinaran radiasi. Sepertimana yang sedang dialami rakyat Jepun sekarang, ianya merupakan satu mimpi ngeri untuk memahami ketidakpastian tersebut. Antara persoalannya ialah:

1. Bagaimanakah anda tahu bila anda dalam bahaya?

2. Berapa lama bahaya itu akan berterusan?

3. Bagaimana anda boleh mengurangkan bahaya kepada diri dan keluarga anda?

4. Apakah tahap pendedahan yang selamat?

5. Bagaimanakah anda mendapat akses kepada maklumat penting dalam tempoh yang singkat, untuk menghalang atau meminimakan pendedahan

6. Apa potensi risikonya terhadap kesihatan dan akibat daripada pendedahan tersebut?

7. Maklumat manakah yang anda boleh percaya?

8. Bagaimanakah anda membina semula satu cara hidup yang sihat selepas ditimpa malapetaka nuklear?

Soalan-soalan ini adalah sukar untuk dijawab, malah menjadi lebih menyulitkan lagi apabila kerajaan dan industri nuklear mengawal ketat maklumat, operasi teknologi, penyelidikan saintifik, dan pengajaran bio-perubatan yang membentuk respons terhadap kesihatan awam.

Transparensi dan kebertanggungjawaban

Transparensi dan kebertanggungjawaban tidak serasi dalam satu industri yang ketagih menapis maklumat. Ini menjelaskan mengapa tidak ada konsensus yang jelas mengenai akibatnya kepada kesihatan manusia di peringkat tempatan dan global di Fukushima.

Tidak ada ambang yang selamat untuk sinaran radiasi. Dakwaan bahawa pendedahan pada tahap radiasi yang rendah tidak memberi risiko kepada kesihatan, adalah satu mitos, yang diwar-warkan oleh kerajaan dan industri nuklear.

Semasa perlumbaan senjata nuklear ketika Perang Dingin, hasil kajian saintifik mengenai risiko kesihatan akibat luruhan nuklear yang bercanggah dengan cerita rasmi, telah ditapis. Ahli sains yang berintegriti dihukum atau disenaraihitamkan.

Pada 1994, suruhanjaya penasihat Amerika mengenai ujian radiasi terhadap manusia, menyimpulkan bahawa tulisan mengenai radiasi dan kesihatan sewaktu Perang Dingin, dibersih dan diskripkan untuk menenangkan bantahan orang awam.

Dekad penapisan rasmi memperkukuh lagi mesej teras palsu: Manusia telah berevolusi dalam sebuah dunia di mana sinaran latar radiasi memang telah wujud dan ianya semula jadi, dan sebarang kesan buruk terhadap kesihatan kerana pendedahan radiasi, berlaku sekali-sekala dan kemalangan berlaku akibat pendedahan pada tahap yang tinggi.

Terdapat sumber-sumber data lain yang lebih konklusif yang membolehkan satu tafsiran yang berbeza dibuat mengenai bahaya kesihatan akibat malapetaka nuklear. Ini termasuk beberapa rekod yang deklasifikasi mengenai eksperimen radiasi manusia oleh AS dan Rusia, rekod suruhanjaya korban bom atom, penyelidikan jangka panjang mangsa Chernobyl yang terselamat, dan prosiding Tribunal Tuntutan Nuklear Marshall Islands.

Dari rekod-rekod tersebut, beberapa fakta penting telah muncul. Misalnya, luruhan nuklear dan pencemaran radioaktif di lautan dan daratan, akhirnya akan memasuki rantaian makanan dan badan manusia, dan oleh itu, mengakibatkan risiko kesihatan yang signifikan.

Pendedahan kronik kepada radiasi, mengakibatkan lebih daripada sekadar risiko kanser. Ia mengancam sistem imunasi, memburukkan keadaaan terdahulu, menjejaskan kesuburan, meningkatkan kadar kecacatan kelahiran, dan boleh menyebabkan terencat pembangunan fizikal dan mental.

Sumber

Nuklear: Pengajaran buat M'sia - Bahagian 1

Sejak 11 Mac, Jepun berhempas pulas mendepani bencana alam yang belum pernah berlaku, dan diikuti dengan krisis nuklear buatan manusia. Pertama, gempa bumi paling kuat 8.9 pada skala Richter, yang berlaku di pantai timur laut pulau Jepun Honshu. Kemudian, bencana tsunami setinggi 10 meter, mengorbankan puluhan ribu nyawa dan memusnahkan semua di laluannya.


Akhirnya, berlaku kebocoran radioaktif ke ruang udara dari sebuah loji kuasa nuklear yang rosak teruk kerana terlampau panas serta letupan yang berlaku.

Gempa bumi itu secara automatik menutup enam reaktor nuklear loji kuasa nuklear Fukushima Dai-Ichi, milik Tokyo Electric Power company (Tepco). Ia juga turut merosakkan grid kuasa, memaksa operatornya bergantung kepada janakuasa diesel untuk mengekalkan aliran bahan pendingin ke dalam teras reaktor uranium radioaktif dan rod bahan api plutonium.

Kemudian, tsunami melandanya, mengakibatkan janakuasa rosak dan bekalan kuasa kepada sistem penyejuk di loji tersebut, terputus. Empat daripada enam reaktor nuklear itu berdepan dengan masalah terlampau panas. Letupan yang berlaku kemudiannya telah merosakkan rod bahan api dan integriti struktur tempat simpanan utamanya, dan mengakibatkan radioaktif bocor ke ruang udara persekitarannya.

Terdapat beberapa bahaya alam sekitar yang lebih berkekalan atau lebih menggerunkan daripada sinaran radioaktif akibat kemalangan loji nuklear tersebut. Kita pernah menyaksinya dalam malapetaka di Three Mile Island dan Chernobyl, dan sekarang di Fukushima. Kebenaran peraturan Murphy tidak dapat dielakkan: “Jika sesuatu boleh silap, lambat laun ia akan silap juga.”

Kesihatan awam

Implikasi kuasa nuklear kepada kesihatan awam tidak sepatutnya dipandang remeh, berbanding dengan pertimbangan ekonomi berhubung industri kuasa nuklear dan dasar-dasar tenaga kerajaan. Terdapat keperluan untuk menyemak semula bukti saintifik mengenai impak kuasa nuklear terhadap kesihatan awam, menilai bahaya pekerjaan ke atas pekerja industri nuklear, dan menilai bukti yang mencabar kesahan andaian mengenai keselamatan nuklear.

Kebimbangan kesihatan itu ialah risiko yang ditimbulkan oleh sinaran pengionan. Sepanjang 50 tahun yang lalu, dakwaan dalam industri nuklear, bahawa kuasa nuklear adalah selamat dan amat penting untuk masa depan kita, telah terbukti palsu dan menimbulkan perbalahan.

Sinaran pengionan boleh merosakkan DNA, menyebabkan kanser dan mewarisi mutasi. Bagaimanapun, sama ada seseorang itu menghidap kanser selepas terdedah pada sinaran pengionan, bergantung kepada sama ada DNA telah rosak, bahagian DNA yang rosak, sama ada titisan sel boleh membiak, sama ada kerosakan itu pulih sepenuhnya, dan sama ada sel melalui transformasi penuh yang menjurus kepada keadaan yang membahayakan.

Bukti paling penting mengenai risiko dari pendedahan kepada radiasi datangnya dari kajian-kajian epidemiologi yang mengkaji insidens kanser di kalangan mereka yang mengalami pendedahan tersebut, seperti kanak-kanak yang terdedah kepada sinaran in utero, mereka yang terdedah kepada sinaran latar, pekerja loji nuklear, pesakit yang didedahkan kepada sinaran diagnostik atau terapeutik, dan mereka yang terdedah kepada radiasi akibat letupan nuklear.

Bila reaktor beroperasi, rod bahan api yang mengandungi pelet uranium dan plutonium, mengeluarkan haba melalui pembelahan nuklear dan menjadi sangat panas. Bahan api itu direndam dalam air dan kepanasannya menghasilkan wap, yang digunakan untuk menggerakkan sebuah turbin bagi menjanakan bekalan elektrik.

Air juga juga digunakan untuk mengelak bahan api daripada terlampau panas dan berkitar secara berterusan untuk membuang kepanasan yang berlebihan. Sekalipun reaktor ditutup, bahan api tetap panas dan masih perlu disejukkan.

Jika pam tidak beroperasi, maka air akan menjadi panas dan mengewap, dan bahan api terdedah kepada persekitaran. Pada ketika ini, pelapisan zirkonium pada rod bahan api akan mula memanas, lepuh, dan kemudian pecah.

Jika bahan api tidak ditenggalami air dan terdedah untuk beberapa jam, maka ia akan mula melarut. Bahan api lebur akan berkumpul pada dasar bekas keluli reaktor, dan dalam masa beberapa jam, bahan api yang cair itu akan menembusi bekas tersebut dan melimpah pada lantai konkrit pembendungan utama.

Dalam sesuatu kemalangan, radioaktif yang bocor ke udara akan bergantung kepada integriti bekas pembendungan utama dan sekunder. Isotop radioaktif kebimbangan terbesar dalam sesuatu kemalangan nuklear ialah iodin 131 dan saesium 137.

Sumber

Tuesday, April 12, 2011

KLNJ : Jepun akan tingkat tahap insiden nuklear ke maksimum

*KLNJ=Krisis Loji Nuklear Jepun

TOKYO: Jepun akan menaikkan penilaian kecemasan nuklear kepada maksimum tujuh pada skala antarabangsa, sekali gus meletakkan ia setaraf dengan Chernobyl.

Kyodo dan NHK melaporkan, kerajaan Jepun kini menaraf insiden itu pada lima tetapi akan menaikkannya kepada tujuh.

Loji nuklear Fukushima Daiichi rosak teruk akibat gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac dan melepaskan radiasi sejak itu walaupun pengendalinya berusaha menstabilkannya. - AFP

Sumber

Friday, April 8, 2011

Krisis Loji Nuklear Jepun : Jepun bimbang loji nuklear meletup lagi

TOKYO - Para pekerja di loji nuklear Fukushima Daiichi, Jepun mengepam gas nitrogen ke dalam reaktor yang rosak bagi mencegah letupan daripada berlaku manakala kerajaan Jepun menimbang untuk meluaskan zon pengasingan di sekitar loji berkenaan.

Ketika krisis kebocoran loji nuklear Fukushima Daiichi masuk minggu keempat semalam, pengendalinya, Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) menyatakan, pihaknya bimbang pengumpulan gas hidrogen di reaktor No.1 boleh menyebabkan satu lagi letupan berlaku di tapak loji tersebut.

Sebelum ini berlaku beberapa letupan di loji tersebut yang bermula sejak 12 Mac lalu.

Ketua Jurucakap Kerajaan Jepun, Yukio Edano menyatakan, Tokyo sedang menimbang untuk meluaskan zon perpindahan di sekitar loji itu daripada 20 kilometer yang dikuatkuasakan sekarang.

Langkah tersebut susulan kenyataan sebuah pertubuhan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa zon tersebut perlu diperluaskan.

"Setakat ini, standard keselamatan kami untuk penduduk tempatan adalah mereka akan diarah supaya berpindah jika tahap radiasi mencecah bacaan 50 milisievert atau lebih tinggi," katanya.

Wednesday, April 6, 2011

Krisis Loji Nuklear Jepun: Jepun minta Russia hantar loji rawatan radiasi terapung

TOKYO: Jepun meminta bantuan Russia untuk menghantar loji rawatan radiasi terapung miliknya bagi menangani tahap radiasi loji nuklear Daiichi Fukushima yang mencapai beberapa juta kali ganda melebihi paras selamat sejak beberapa hari lalu.

Loji Suzuran adalah antara loji rawatan sisa nuklear terbesar di dunia yang merawat cecair radioaktif dengan bahan kimia untuk membekukannya sebelum disimpan dalam bentuk simen. Suzuran mampu memproses 35 meter padu sisa cecair sehari dan 7,000 meter padu setahun. Loji itu kerap digunakan untuk melupuskan kapal selam nuklear. Namun, setakat ini belum ada maklumat menyatakan bila loji itu akan tiba di Fukushima.

Pada masa sama, jurutera di loji itu juga merancang membina dua benteng besar menggunakan fabrik polister dalam laut bagi menyekat lebih banyak pencemaran dari loji terbabit.

Kelmarin, jurutera loji itu cuba menutup lubang konkrit di reaktor nombor 2 dengan kertas surat khabar yang dihancurkan, bahan kimia polymer, habuk kayu dan simen bagi menyekat pengaliran air radioaktif ke laut. Bagaimanapun, usaha itu gagal.

Tokyo Electric Power (TEPCO) berkata ia sudah mengalirkan 11,500 tan air tercemar dari loji berkenaan ke laut bagi memberi lebih banyak ruang penyimpanan air yang mempunyai paras radioaktif lebih tinggi.

Tuesday, April 5, 2011

Krisis Loji Nuklear Jepun: Pekerja loji guna garam kesan radioaktif

TOKYO: Pekerja di loji nuklear Fukushima Daiichi semalam menggunakan sejenis garam mandian berwarna putih dalam usaha terdesak untuk mengesan laluan air radioaktif yang mengalir keluar dari reaktor yang bocor dan memasuki lautan Pasifik.

Rekahan ditemui dalam salah satu lubang penyenggaraan minggu lalu dilaporkan terus mengeluarkan air radioaktif dan mencemari alam sekitar, sekali gus menunjukkan kesulitan semakin besar yang dialami di loji nuklear berkenaan.

Sunday, April 3, 2011

Kesan Radiasi

Memang berisiko loji nuklear ni!!!! Adakah Malaysia mampu menangani jika kebocoran berlaku?

Sumber: Sinar Akhbar

5 Krisis Nuklear Terburuk dalam Sejarah Dunia

Sumber : Sinar Akhbar

Himpunan: Krisis Loji Nuklear Jepun




Sumber: Sinar Akhbar

Fakta Gempa Bumi Jepun


Sumber: Akhbar Sinar

Bagaimana Gempa Bumi Berlaku?

Sumber: Akhbar Sinar

Krisis nuklear Jepun 100 tahun?

GAMBAR oleh Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) menunjukkan keadaan empat reaktor nuklear Fukushima Daiichi yang rosak setakat semalam. 
 
TOKYO, Jepun - Seorang pakar nuklear memberi amaran pencemaran radiasi daripada loji nuklear Fukushima Daiichi akan berterusan kerana batang-batang bahan api nuklearnya mengambil masa hingga 100 tahun untuk sejuk, lapor sebuah akhbar semalam.

Bekas anggota dasar keselamatan nuklear Britain, Dr. John Price berkata, tempoh itu diperlukan sebelum batang-batang nuklear itu sejuk dan selamat untuk dipindahkan.

"Cara sekarang (untuk menyejukkan batang-batang nuklear tersebut) iaitu menyemburkan air ke dalam reaktor-reaktor itu kurang berkesan, kerana air kembali mengalir keluar akibat kebocoran dan menyebabkan pencemaran radiasi terus berlaku.

"Perlu ada cara supaya air yang dipam itu kekal di dalam reaktor-reaktor nuklear tersebut," katanya.
Komen beliau disiarkan stesen televisyen Amerika Syarikat (AS), ABC semalam selepas seorang ibu kepada pekerja-pekerja kecemasan yang bergelut untuk menghalang batang-batang nuklear di loji Fukushima Daiichi daripada mencair berkata, mereka semua akan mati akibat kesan radio aktif dalam masa beberapa minggu lagi.

"Anak lelaki saya memberitahu bahawa dia dan rakan-rakan sekerjanya sanggup berkorban demi negara," kata kata ibu berusia 32 tahun itu dalam satu wawancara telefon dengan stesen televisyen Fox News.
"Mereka sedar mereka akan mati dalam masa beberapa minggu lagi kerana radiasi kerana adalah mustahil untuk mengelakkan pancaran radiasi di dalam loji tersebut," tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Jepun dilapor bersedia menimbus reaktor-reaktor nuklear itu dengan mencurahkan bertan-tan bahan konkrit sebagai jalan terakhir bagi mengatasi krisis nuklear Fukushima Daiichi sekiranya usaha yang dilaksanakan sekarang gagal. Langkah itu dapat menghalang sinaran dan partikel radioaktif daripada tersebar.

Dalam pada itu, beribu-ribu mayat mangsa bencana gempa bumi kuat dan tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac lalu masih belum dipungut kerana mayat-mayat itu didapati dicemari tahap radiasi yang tinggi.
Setakat ini, 11,500 orang disahkan terkorban dengan 16,400 lagi masih hilang dan peluang untuk menemui mayat mereka amat tipis.

Tiga minggu selepas bencana itu berlaku, sejumlah 260,000 kediaman di timur laut Jepun masih terputus bekalan air manakala 170,000 rumah lagi terpaksa bergelap. - Agensi

Sumber

Krisis Loji Nuklear Jepun: Reaktor bocor air radioaktif

TOKYO: Air mengandungi tahap radioaktif tinggi bocor di reaktor ke-2 loji nuklear Fukushima semalam dan dikesan mengalir ke Lautan Pasifik. Jurucakap agensi keselamatan nuklear Hidehiko Nishiyama berkata tahap radiasi di reaktor nombor dua loji nombor dua kini ialah 1,000 millisievert sejam.

Seseorang menghadapi risiko lebih tinggi menghidap barah jika terdedah dalam tempoh singkat kepada radioaktif pada paras 500 millisievert.

“Kami mendapati paras radiasi dalam air laut berhampiran loji itu semakin meningkat dan kebocoran itu mungkin satu daripada sebabnya. Bagaimanapun kami tidak dapat mengesahkannya sehingga mengkaji keputusan ujian,” katanya.

Beliau berkata, pekerja Tokyo Electric Power (TEPCO) yang mengendalikan loji itu sedang bersiap sedia untuk menimbus lubang terbabit dengan konkrit bagi menghentikan kebocoran. – AP

Sumber

Friday, April 1, 2011

Fukushima Nuclear Accident – a simple and accurate explanation

Construction of the Fukushima nuclear power plants

The plants at Fukushima are Boiling Water Reactors (BWR for short). A BWR produces electricity by boiling water, and spinning a a turbine with that steam. The nuclear fuel heats water, the water boils and creates steam, the steam then drives turbines that create the electricity, and the steam is then cooled and condensed back to water, and the water returns to be heated by the nuclear fuel. The reactor operates at about 285 °C.

The nuclear fuel is uranium oxide. Uranium oxide is a ceramic with a very high melting point of about 2800 °C. The fuel is manufactured in pellets (cylinders that are about 1 cm tall and 1 com in diameter). These pellets are then put into a long tube made of Zircaloy (an alloy of zirconium) with a failure temperature of 1200 °C (caused by the auto-catalytic oxidation of water), and sealed tight. This tube is called a fuel rod. These fuel rods are then put together to form assemblies, of which several hundred make up the reactor core.
The solid fuel pellet (a ceramic oxide matrix) is the first barrier that retains many of the radioactive fission products produced by the fission process.  The Zircaloy casing is the second barrier to release that separates the radioactive fuel from the rest of the reactor.

The core is then placed in the pressure vessel. The pressure vessel is a thick steel vessel that operates at a pressure of about 7 MPa (~1000 psi), and is designed to withstand the high pressures that may occur during an accident. The pressure vessel is the third barrier to radioactive material release.

The entire primary loop of the nuclear reactor – the pressure vessel, pipes, and pumps that contain the coolant (water) – are housed in the containment structure.  This structure is the fourth barrier to radioactive material release. The containment structure is a hermetically (air tight) sealed, very thick structure made of steel and concrete. This structure is designed, built and tested for one single purpose: To contain, indefinitely, a complete core meltdown. To aid in this purpose, a large, thick concrete structure is poured around the containment structure and is referred to as the secondary containment.
Both the main containment structure and the secondary containment structure are housed in the reactor building. The reactor building is an outer shell that is supposed to keep the weather out, but nothing in. (this is the part that was damaged in the explosions, but more to that later).

Fundamentals of nuclear reactions

The uranium fuel generates heat by neutron-induced nuclear fission. Uranium atoms are split into lighter atoms (aka fission products). This process generates heat and more neutrons (one of the particles that forms an atom). When one of these neutrons hits another uranium atom, that atom can split, generating more neutrons and so on. That is called the nuclear chain reaction. During normal, full-power operation, the neutron population in a core is stable (remains the same) and the reactor is in a critical state.

It is worth mentioning at this point that the nuclear fuel in a reactor can never cause a nuclear explosion like a nuclear bomb. At Chernobyl, the explosion was caused by excessive pressure buildup, hydrogen explosion and rupture of all structures, propelling molten core material into the environment.  Note that Chernobyl did not have a containment structure as a barrier to the environment. Why that did not and will not happen in Japan, is discussed further below.

In order to control the nuclear chain reaction, the reactor operators use control rods. The control rods are made of boron which absorbs neutrons.  During normal operation in a BWR, the control rods are used to maintain the chain reaction at a critical state. The control rods are also used to shut the reactor down from 100% power to about 7% power (residual or decay heat).

The residual heat is caused from the radioactive decay of fission products.  Radioactive decay is the process by which the fission products  stabilize themselves by emitting energy in the form of small particles (alpha, beta, gamma, neutron, etc.).  There is a multitude of fission products that are produced in a reactor, including cesium and iodine.  This residual heat decreases over time after the reactor is shutdown, and must be removed by cooling systems to prevent the fuel rod from overheating and failing as a barrier to radioactive release. Maintaining enough cooling to remove the decay heat in the reactor is the main challenge in the affected reactors in Japan right now.

It is important to note that many of these fission products decay (produce heat) extremely quickly, and become harmless by the time you spell “R-A-D-I-O-N-U-C-L-I-D-E.”  Others decay more slowly, like some cesium, iodine, strontium, and argon.


Krisis Loji Nuklear Jepun :Jepun mengaku kalah

SEBUAH bangunan di loji Fukushima Daiichi dikelilingi palang-palang besi yang rosak dalam gempa bumi pada 11 Mac lalu.


TOKYO - Jepun akhirnya mengaku kalah dalam usaha mengekang pencemaran radiasi di empat reaktor nuklear loji Fukushima Daiichi yang rosak dan akan menutup kesemua reaktor berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa pegawai berkata, dalam sedikit masa lagi, semua bekalan kuasa ke reaktor-reaktor itu akan ditutup, manakala usaha untuk menyejukkan batang-batang bahan api nuklear akan dihentikan.

Langkah terakhir, melibatkan proses mencurahkan bertan-tan konkrit untuk menimbus reaktor-reaktor itu. Sekali gus memastikan tiada radiasi yang bocor keluar.

Perkembangan itu berlaku selepas agensi keselamatan nuklear Jepun mendedahkan bahawa bacaan radiasi di dalam laut sekitar loji Fukushima Daiichi melonjak sebanyak 4,385 kali ganda berbanding takat yang dibenarkan.

Pengumuman dramatik tentang penutupan semua empat reaktor itu dibuat pada Selasa lalu oleh Pengerusi Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO), Tsunehisa Katsumata yang mengendalikan loji nuklear tersebut. .

Loji Fukushima Daiichi terletak sekitar 240 kilometer dari ibu negara Jepun, Tokyo.

Katsumata berkata, beliau berasa kasihan kepada orang ramai yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka atau terpaksa tinggal di dalam rumah disebabkan oleh krisis nuklear berkenaan.

"Saya memohon maaf kerana kesusahan dan ketakutan yang berlaku akibat kebocoran radiasi ini," kata Katsumata.

"Kami telah gagal untuk menyejukkan reaktor-reaktor terbabit. Tetapi kami melakukan usaha paling maksimum untuk menstabilkan keempat-empat reaktor itu," tambahnya.

Krisis nuklear bermula selepas sistem penyejukan reaktor-reaktor nuklear di loji Fukushima Daiichi rosak akibat gegaran kuat gempa bumi berukuran 9 pada skala Richter yang melanda pada 11 Mac lalu, disusuli oleh tsunami.

Tidak lama kemudian, beberapa letupan dan kebakaran menyebabkan kebocoran radiasi berlaku di loji tersebut.

Setakat kelmarin, tahap radiasi di dalam laut sekitar loji Fukushima Daiichi ialah 3,355 kali ganda daripada bacaan normal.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang jurutera nuklear Amerika Syarikat (AS), Michael Friedlander memberitahu stesen televisyen CNN bahawa dia bimbang kesan pencemaran air laut yang berlaku.

"Plankton menyerap radiasi, ikan memakan plankton, ikan besar pula memakan banyak ikan kecil. Justeru, kandungan radiasi akan berlaku dalam rantaian makanan," katanya.

Aktiviti menangkap ikan kini dilarang dalam lingkungan sekitar 20 kilometer dari loji Fukushima Daiichi. - Agensi

Sumber

Thursday, March 31, 2011

Restoran lima bintang UPM


Agak2 bilalah na dapat makan kat sini:)....hehehe,

JIKA anda inginkan kelainan menjamu selera dalam suasana istimewa, antara perkara yang menjadi pertimbangan tentulah penyediaan makanan yang enak dan sempurna serta persekitaran yang selesa.

Sekiranya anda berkunjung ke Universiti Putra Malaysia (UPM) atau berada di sekitar Serdang-Putrajaya, bertandanglah ke L'apprenti yang terletak berhampiran pintu 8 UPM melalui Lebuh Silikon.
Diberi nama L'apprenti@Putra Restaurant, restoran lima bintang yang merupakan buah tangan dari Kompleks Perkhidmatan Makanan/ Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan, UPM ini memiliki sentuhan hiasan dalaman tersendiri.

Sesuai dengan konsep 'fine dining' yang diketengahkan, restoran ini disuntik dengan penataan mewah ala Barat.

Di ruang lobi misalnya, penggayaan perabot, perhiasan serta kemasan dinding warna tanah seperti coklat, emas dan rona krim lembut menjadikan ruangan ini tampil eksklusif dan elegan.

Malaysia 'mangsa' gempa jiran

PETA menunjukkan kedudukan Malaysia yang terletak berhampiran Lingkaran Api Pasifik menyebabkan ada kemungkinan turut menerima kesan jika berlaku gempa bumi kuat di negara-negara jiran.

KUALA LUMPUR – Kajian mendapati Malaysia akan turut berisiko menerima tempias gegaran dari semasa ke semasa sekiranya bencana alam yang teruk berlaku di Sumatera, Pulau Jawa dan Filipina.

Walaupun negara ini tidak termasuk dalam Lingkaran Api Pasifik namun fenomena itu diakui oleh Jabatan Mineral dan Geosains sendiri melalui kajian yang dilakukan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Yunus Abdul Razak berkata, jika gempa bumi melanda Sumatera, sebahagian kawasan di Semenanjung Malaysia akan terasa gegaran manakala Sabah dan Sarawak pula menerima kesan sama jika bencana itu berlaku di Filipina.

“Kepingan tektonik bumi dan titik gempa di negara ini dalam keadaan solid (kukuh) berbanding negara lain yang sentiasa aktif.

“Namun negara ini tidak akan terlepas merasai gegaran sama ada kuat atau sedikit akibat tempias daripada kedua-kedua negara itu dan ia bergantung kepada skala di mana titik gempa di dua negara itu sama ada cetek atau dalam,” ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.

Sumber

Wednesday, March 30, 2011

5th Asia-Pacific Workshop on Quantum Information Science in conjunction with the Festschrift in honour of Vladimir Korepin


The Institute of Advanced Studies at the Nanyang Technological University, Singapore is pleased to announce the
5th Asia-Pacific Workshop on Quantum Information Science in conjunction with the Festschrift in honour of Vladimir Korepin

The first Asia-Pacific Workshop on Quantum Information Sciences was organized for the first time in Singapore in 2001. Since then, the workshops and conferences have been held at various places in Taiwan, Korea, Australia and China. The workshop will provide an opportunity for the international scientific community to discuss the recent experimental and theoretical developments in all aspects of quantum information science, and the program comprises invited talks and poster presentation.  The 5th APWQIS will also be held in conjunction with a Festschrift for Prof Vladimir Korepin.

Date:                     25 to 28 May 2011

Venue:                 Nanyang Executive Centre (link)
Nanyang Technological University, Singapore

Organisers:         Institute of Advanced Studies at NTU, Singapore
Department of Physics, National University of Singapore

Please click on http://www.ntu.edu.sg/ias/upcomingevents/SSQISC11/Pages/registration.aspx for registration and more information.

For more information on the workshop, please refer the website http://www.ntu.edu.sg/ias/upcomingevents/SSQISC11/Pages/default.aspx

Enclosed is the poster of the above workshop for your reference.

Much appreciate it if you could also help to circulate the announcement to your colleagues, post-docs and students etc.

We look forward to seeing you at the workshop!

With best regards,
Institute of Advanced Studies
Nanyang Technological University, Singapore

Krisis Loji Nuklear Jepun: Radiasi ada dalam tanah di Fukushima

Plutonium di 5 tempat sekitar loji nuklear

TOKYO: Radiasi dari reaktor nuklear Jepun yang terjejas kini mencemarkan tanah dan laut sekitar kompleks Fukushima Daiichi ketika pihak berkuasa bimbang beberapa reaktor sudah sebahagiannya lebur. Pegawai syarikat kuasa terbabit mengakui bahawa plutonium ditemui dalam tanah di lima tempat pada loji terbabit walaupun mereka menekankan bahawa kadar bahan radioaktif adalah kecil dan tidak menjadi satu ancaman kepada umum, lapor Associated Press. Malah radiasi juga dikesan lebih satu kilometer ke utara loji terbabit. Sementara itu, Filipina mengesan sedikit radiasi dipercayai dari reaktor Jepun, China pula terus mengesan kesan radiasi manakala Korea Utara memantau keadaan.